Majlis Perasmian Penutupan Minggu Suaimesra Pelajar Pra Diploma Tahun 1

Ucapan perasmian Majlis Penutupan Minggu Suaimesra Pelajar Pra Diploma Tahun 1 oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Keong Ho Eng

Majlis Perasmian Penutupan Minggu Suaimesra Pelajar Pra Diploma Tahun 1 berlangsung dengan lancar pada hari ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Keong Ho Eng.

Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan lagu KV Tawau Cemerlang kemudian diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Jamree Bin Abdul Latief. Menyusul selepas itu ialah ucapan wakil pelajar Pra Diploma Tahun 1 iaitu Johnstone Jibin yang dalam ucapannya menyatakan rasa bersyukur kerana terpilih dalam kumpulan 141 orang ambilan pertama yang ditawarkan untuk mengikuti kursus vokasional di Kolej Vokasional Tawau. Dimaklumkan bahawa terdapat 1037 pemohonan rasmi menerusi permohonan ONLINE.
 
Ucapan dari wakil pelajar Pra Diploma Tahun 1 iaitu Johnstone Jibin
Ucapan alu-aluan daripada Pengarah KV Tawau, Encik Ranggiah A/L Muthusamy
Selepas itu, Pengarah KV Tawau, Encik Ranggiah memberikan ucapan alu-aluan yang turut menyentuh tentang Minds-ON, Hearts-ON dan Hands-ON. Beliau juga menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pelajar baru kerana mereka adalah pelajar yang terpilih daripada ramai calon lain. Katanya lagi, ".. Kalau tanam pokok, pilih benih yang terbaik, supaya mendapat hasil yang terbaik". Beliau turut menaruh harapan agar para pelajar ini akan menjadi warganegara yang baik yang menyumbang kepada masyarakat dan negara.

YDP PIBG, Encik Abdul Samat Bin Akui
Kemudian, YDP PIBG, Encik Abdul Samat Bin Akui turut memberi ucapan selaku wakil PIBG yang menekankan tentang keselamatan semasa pergi ke sekolah dan balik dari sekolah. Beliau yang juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Tawau tahun 80-an, menyatakan bahawa keperluan dan kemudahan pelajar pada tahun tersebut sangat berbeza dengan pelajar sekarang. "Sekarang, pelajar dibenarkan bawa motor ke sekolah. Ada yang berlesen dan ada juga yang tidak berlesen. Masalah tetap akan timbul."   

Selepas ucapan YDP PIBG, ucapan perasmian disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Keong Ho Eng. Beliau turut memperkenalkan Pegawai Perhubungan Sekolah untuk Kolej Vokasional Tawau iaitu ASP Raidah Binti Abidin dan Inspektor Siva.

Pengarah menyampaikan cenderakenangan dan hamper buah-buahan kepada perasmi...
Selepas ucapan perasmian dan penyampaian cenderakenangan, majlis diteruskan dengan lawatan ke tapak pameran PDRM di bahagian belakang Dewan Tun Ahmad Shah. Kemudian, para tetamu kehormat dibawa ke Restoran Perdana untuk jamuan makan tengahari.

Superintenden Keong Ho Eng menerangkan sesuatu kepada TPA, Encik Azman Mansor..
Barisan pegawai polis yang turut serta dalam majlis kali ini...