Detik Menuju 1000 Likes...


Setelah menanti selama 1 tahun 6 bulan 5 hari sejak Fan Page Facebook Blog KV Tawau dibuka pada 9 Februari 2014 yang lalu, kelibat 1000 Likes semakin jelas didepan mata. Usaha yang ditaburkan mula berjaya menunjukkan hasil yang diharapkan.

Kini, hanya 5 likes lagi yang diperlukan untuk mencapai 1000 likes.

Dan, untuk memantapkan lagi perkhidmatan Blog Kolej Vokasional Tawau kepada para pembaca, beberapa ciri laman web ditambahkan kepada blog ini untuk memudahkan semua peringkat umur menikmati bahan yang dipersembahkan.

Kesemua ciri yang ditambah adalah berdasarkan kepada SENARAI SEMAK CROSS EVALUATION PORTAL/LAMAN WEB AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) 2013 yang boleh dirujuk disini: Garis Panduan Pemantauan




Sekiranya ada sebarang cadangan untuk memantapkan lagi blog Kolej Vokasional Tawau ini, sila maklumkan kepada admin melalui ruangan cadangan dan pertanyaan atau email terus ke kvtawau1@gmail.com. Setiap cadangan pasti akan dipertimbangkan sebelum sebarang perubahan dilakukan.

Blog ini juga masih memerlukan tenaga kerja untuk mempercepatkan proses kemaskini, oleh itu sesiapa yang berminat untuk sama-sama "mengerjakan" blog ini amatlah dialu-alukan.