Kursus Grooming Guru Baru

Gambar Kursus Grooming Guru Baru | Duduk dari kiri: Mohd Kamarul Bahri Isla, Shamsuddin Ibrahim, Azman Mansur, Mohd Hatta Hassan, Awalluddin Misran dan Asnawi Ramlee | Berdiri dari kiri: Kusmawatie Dahan, Jumarni Syamsuddin, Sharliza Azari, Awatif Mohd Suhaimi, Mardiah Mokhtar, Sadri Saleho, Mayah Mustapha, Vianah Toh, Tanang Ajuh, Nuur Husna Baharuddin dan Ibulan Roslee.

Kursus Grooming Guru Baru telah berlangsung pada 8 Ogos 2015 di Bilik BMG 1, anjuran Unit Perhubungan Awam, Kolej Vokasional Tawau dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Tahniah diucapkan kepada semua, 13 orang pensyarah yang telah menamatkan kursus ini dengan cemerlang.

Kursus yang mengandungi dua slot ceramah/taklimat bertajuk Pengurusan Majlis Rasmi dan Pengurusan Diri Dalam Majlis Rasmi yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Hatta Bin Hassan.

Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansur yang mewakili pihak pentadbir mengucapkan tahniah kepada semua peserta semasa berucap dalam majlis penutup kursus ini. Beliau berharap agar warga KV Tawau secara keseluruhannya sentiasa mengamalkan dan mematuhi protokol majlis dan mengamalkan etika yang sepatutnya semasa berada di majlis-majlis rasmi dan semasa bertugas dikawasan kolej.


Laporan dan maklumat oleh:
Cik Sadri Saleho,
S/U Unit Perhubungan Awam
Kolej Vokasional Tawau.