Lawatan Penandarasan Asrama Gemilang Oleh KV Keningau

Perlawanan Persahabatan Bola Keranjang antara pelajar asrama Kolej Vokasional Tawau dan Kolej Vokasional Keningau | Foto oleh Carlos George

Satu rombongan seramai 23 orang dari Kolej Vokasional (KV) Keningau tiba di Asrama KV Tawau pada petang Jumaat, 7 Ogos 2015 lepas.

Rombongan ini terdiri daripada empat orang guru, 11 orang pelajar lelaki dan lapan orang pelajar perempuan. Kedatangan rombongan ini bertujuan untuk melakukan penandarasan keatas asrama KV Tawau selama dua hari, dari 8 hingga 9 Ogos 2015. Maklumat lanjut mengenai penandarasan ini boleh dirujuk kepada Ketua Warden Asrama, Cikgu Suhaibol Awang Besar.

Rombongan ini sempat mengadakan perlawanan persahabatan Bola Keranjang antara pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan pada pagi Sabtu, 8 Ogos 2015. 

Sebagai makluman, Asrama KV Tawau telah mendapat Naib Juara Anugerah Asrama Gemilang 2014 peringkat Kebangsaan pada tahun 2014. (Sila rujuk entri: Kolej Vokasional Tawau Naib Juara Pertandingan Asrama Gemilang 2014)