Hari Keluarga KV Tawau 12 September 2015

Pertandingan Sukaneka
Hari Keluarga Kolej Vokasional Tawau yang bakal berlangsung di Kelab Tanjung Batu, Tawau pada 12 September ini bakal menyajikan aktiviti menarik sepanjang lima jam, bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Selepas pendaftaran, aktiviti yang pertama ialah aktiviti Senamrobik selama setengah jam untuk meregangkan tubuh badan sebelum beralih kepada aktiviti seterusnya iaitu Sukaneka yang menampilkan dua kategori iaitu Kategori Kanak-kanak/Remaja dan Kategori Dewasa Terbuka. Sukaneka menawarkan 44 hadiah berupa hamper untuk kesemua 22 permainan yang telah disediakan.

Makluman Pertandingan Memancing

Selain itu, Pertandingan Memancing turut diadakan dan terbuka untuk dua kategori iaitu Kategori Senior (SR) dan Kategori Junior (JR) yang menawarkan tiga hadiah untuk Pemancing terbaik (hasil tangkapan paling berat), Hasil tangkapan paling besar dan Hasil Paling Pantas bagi Kategori Senior manakala satu hadiah untuk Hasil Tangkapan Paling Besar untuk Kategori Junior.

Penyertaan adalah percuma untuk semua aktiviti tetapi bagi Pertandingan Memancing, peralatan memancing dan umpan perlu disediakan sendiri oleh peserta.

Hari Keluarga Kolej Vokasional Tawau adalah anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kolej Vokasional Tawau (KKRKVT).

Kali terakhir Sambutan Hari Keluarga dianjurkan ialah pada tahun 2004.