KV Star One Kekal Kejuaraan

KARYA JUARA | Hasil karya Pasukan KV Star One dari KOlej Vokasional Tawau yang berjaya meraih Johan dalam Kategori Terbuka Pertandingan Istana Pasir 2015 anjuran bersama Bahagian Belia Persatuan Hokkien Tawau dan Majlis Perbandaran Tawau bertempat di Pantai Batu Payung, Tinagat | Foto oleh Lim Siew Khing

KV Star One dari Kolej Vokasional Tawau mengekalkan kejuaraan Istana Pasir dalam Kategori Terbuka yang dimenangi sebelum ini. Imiginasi luarbiasa yang diterjemahkan dalam bentuk fizikal berjaya menewaskan 15 peserta lain dalam kategori berkenaan. Turut membawa pulang kemenangan berharga ialah Pasukan KV WTP Two yang meraih tempat ke-2 dalam kategori Sekolah Menengah dan Pasukan KV Star Two yang mendapat tempat ke-3 dalam Kategori Terbuka.

Selaku juara bertahan, tekanan untuk memberikan yang terbaik terpaksa dipikul oleh kedua-dua guru dari Kursus Teknologi Pembinaan iaitu Cikgu Supiansiah Muin dan Cikgu Ahmad Hussein.

"Kita (pasukan) kekurangan latihan pada tahun ini namun pengalaman dan komitmen para pelajar banyak membantu pasukan untuk meraih kejayaan ini. Kejayaan ini adalah milik bersama dan kita akan cuba memberikan yang lebih baik pada masa yang akan datang.", jelas Cikgu Supiansiah yang sempat ditanya mengenai pencapaian pasukan Istana Pasir pada tahun ini.

Pertandingan Membina Istana Pasir kali Ke-17 sempena Hari Malaysia ke-52 ini adalah anjuran bersama Bahagian Belia Persatuan Hokkien Tawau dan Majlis Perbandaran Tawau bertempat di Pantai Batu Payung, Tinagat.

Maklumat mengenai hadiah kemenangan belum dimaklumkan.

Tahniah kepada pasukan ini dan semoga pencapaian ini akan berterusan di tahun hadapan dan seterusnya....


Baca lagi:
2012 - Pahaikan.com: http://www.pahaikan.com/blog/pertandingan-membina-istana-pasir-sm-vokasional-tawau-juara-lagi-
2013 - Borneo Post.com: http://www.theborneopost.com/2013/09/17/25-groups-take-part-in-national-day-sandcastle-contest/

2014 - Blog KV Tawau: http://kvtawau.blogspot.my/2014/09/juara-bertahan-mengegar-lagi.html