Lagu Patriotik Semarak Semangat Merdeka

Peserta Nyanyian Lagu Patriotik, Rionaldo Justin (3DKV HSK) yang menyanyikan lagu Sejahtera Malaysia dengan penuh semangat | Foto oleh Carlos George

Pertandingan Koir, Deklamasi Sajak dan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Bulan Kebangsaan 2015 yang berlangsung pada 2 September 2015, menampilkan 18 peserta dalam semua kategori. Para peserta ini mewakili Kelab dan Persatuan masing-masing.

Deklamasi Sajak dari Brenda Sofia Salleh menutup tirai Pertandingan Deklamasi Sajak | Foto oleh Carlos George
Pertandingan yang bermula kir-kira jam 7.15 pagi ini diadili oleh dua orang guru berpengalaman dalam bidang persembahan iaitu Cikgu Kholik Marming dan Cikgu Abd Alif.

Cikgu Kholik (kiri) dan Cikgu Abd Alif (kanan) semasa mengadili pertandingan ini | Foto oleh Carlos George

Antara guru/pensyarah perempuan yang hadir untuk menikmati bakat pelajar yang dipersembahkan dalam pertandingan ini | Foto oleh Carlos George

Pertandingan yang dijalankan secara berselang-seli ini berjaya mempelbagaikan jalinan perasaan dalam menghayati semangat kemerdekaan yang dicetuskan oleh lirik dan bait ayat dalam lagu dan sajak yang dipersembahkan oleh pelajar.

Antara persembahan koir yang berjaya menyampaikan lagu dengan agak baik melalui gabungan suara lelaki dan perempuan

Kumpulan Koir Kelab Rekacipta, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Percubaan yang baik daripada Kumpulan Koir Persatuan Sains dan Matematik | Foto oleh Carlos George

Kumpulan Koir Kelab Rukunegara | Foto oleh Carlos George

Dalam masa yang sama, Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Makmal CLINIPATH Cawangan Tawau menjalankan ujian jenis darah dengan bayaran RM8.00.

Ujian Jenis Darah untuk menentukan jenis darah A, B AB atau O dan turut mengenalpasti jenis rehsus | Foto oleh Carlos George 

Antara pelajar yang membuat ujian jenis darah semasa program berlangsung | Foto oleh Carlos George