Mohd Hapizs Raih Gangsa dalam SIOC

Gambar Pasukan Kolej Vokasional Tawau dalam Kejohanan Olahraga Antarabangsa Terbuka Sabah Kali Ke-62, 2015 | Depan dari kiri: Muhammad Alif Fadzli Syamsul Bahri dan Sheryl Mable Mata | Belakang dari kiri: Cikgu Asnawie Bin Ramlee merangkap pengurus dan jurulatih dan Mohd Hapizs Ahmat @ Kanapiah | Foto oleh Carlos George

Kejohanan Olahraga Antarabangsa Terbuka Sabah Kali Ke-62 yang telah berlangsung selama dua hari (29 - 30 Ogos 2015) di Kompleks Sukan Tawau menyaksikan atlit Kolej Vokasional Tawau, Mohd Hapizs Ahmat meraih pingat gangsa dalam acara 110 meter lari berpagar lelaki.

Hapizs yang tewas kepada pelari dari Sri Lanka dan Sandakan mencatat masa 14.96 saat.

Selain daripada Hapizs, turut serta dalam kejohanan ini ialah Muhammad Alif Fadzil Syamsul Bahri (1 DKV MTA) dalam acara 5000 meter lelaki dan Sheryl Mable Mata (2SKV HBK) dalam acara 200 meter dan 400 meter perempuan.

Acara saringan 200 meter lelaki separuh akhir | Foto oleh Carlos George

Walaupun Muhammad Alif tidak berjaya mendapatkan sebarang pingat, dia berjaya memberikan saingan dan mendapat tempat ke-5 dalam kejohanan antarabangsa ini. Sheryl pula terpaksa akur dengan kecederaan semasa acara 400 meter yang menyebabkannya tersingkir sebelum menamatkan larian dan menarik diri daripada acara 200 meter.

Para altit Kolej Vokasional Tawau merakam gambar kenangan bersama Kontinjen Sri Lanka | Foto oleh Carlos George

Selain daripada Pasukan Sri Lanka, kejohanan ini turut disertai oleh pasukan olehraga dari Indonesia dan Singapura.

Tahniah kepada semua atlit dalam pasukan ini kerana telah memberikan komitmen yang baik sepanjang menjalani latihan intensif sejak tiga minggu lepas. Pasukan ini adalah dibawah bimbingan Cikgu Asnawie Bin Ramlee.

Nurhani Yunus (1 SKV MPI) yang turut berlatih bersama pasukan ini untuk acara 1500 meter, menarik diri di saat akhir.