PROGEMA Eratkan Hubungan KV Tawau dengan Warga Taman Millenium, Tawau

Gambar kenangan beramai-ramai TPSA KV Tawau, Encik Azman Mansur ( berdiri-empat dari kiri) bersama ibubapa, pelajar dan para peserta yang terlibat dalam PERGEMA | Foto oleh Carlos George

PROGEMA atau Program Gerak Masyarakat Kolej Vokasional Tawau dengan kerjasama Pengerusi KRT Taman Millenium, Encik Hussin Yanno telah menganjurkan promosi Kolej Vokasional dan Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak di perkarangan Surau Taman Millenium pada 19 September 2015.

Rombongan KV Tawau diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Bin Mansur dibantu oleh Cikgu Nur Hidayah Binti Johari dan 10 orang pelajar diploma.

Menurut Encik Azman, ini merupakan antara sumbangan KV Tawau kepada masyarakat sekitar Tawau dan dalam masa yang sama mempromosikan beberapa program yang ditawarkan di KV Tawau kepada umum.

Acara program bermula lebih kurang jam 8.30 pagi dengan demontrasi perkhidmatan refleksiologi yang dilakukan oleh Siti Sarah Makmon dan Nor Farah Ain Haris, manakala demontrasi ukiran buah (fruit carving) ditunjukkan oleh Nurul Jannah M.B., Fadli Ikhwan Utoh dan Endrosche Joseph.


Ukiran buah atau Fruit Carving yang ditunjukkan oleh para pelajar Diploma Seni Kulinari | Foto oleh Carlos George

Selepas itu, acara diteruskan dengan Pertandingan Mewarna yang melibatkan 17 kanak-kanak dalam tiga kategori iaitu 4 - 6 tahun, 7 - 9 tahun dan 10 - 12 tahun.


Encik Hussin (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna yang diadakan sempena Program Gerak Masyarakat ini | Foto oleh Carlos George

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar diploma ini yang sanggup bekerjasama dengan pihak pentadbiran secara sukarela.