EKSA Bakal Permudahkan Amalan 5S Kolej Vokasional Tawau

Gambar kenangan rombongan Kolej Vokasional Tawau bersama Penyelaras EKSA PPD Tawau, Encik Abdul Halik Abdusukor (lapan dari kanan) dan Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur (tujuh dari kanan). Guru/Pensyarah dan AKP yang turut serta dalam lawatan ini ialah (dari kiri): Wong Yun Shing, Puan Sukaiseh @ Sukaseh Binti Sumarto, Nur Ilham Malihah Adnan, Puan Norhaya, Puan Juliati, Puan Dayang, Asnawi Ramli, Kusmawatie Dahlan, Sukma Anuar, Tanang Ajuh, Nor Aisyah Anuar, Scholastica Dalius dan Abdul Alif Abdul Marit | Foto oleh Carlos George

Satu rombongan seramai 15 orang guru/pensyarah dan AKP dari Kolej Vokasional Tawau telah bertandang ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau di Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Tawau untuk Lawatan Penandarasan Pelaksanaan EKSA di premis berkenaan. Rombongan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Bin Mansur dan Penyelaras EKSA Kolej Vokasional Tawau, Cikgu Kusmawatie Dahan.

Menurut Encik Azman, lawatan ini adalah antara langkah yang diambil untuk merealisasikan visi dan harapan Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy untuk melaksanakan EKSA di Kolej Vokasional Tawau.

PPD Tawau dibahagikan kepada 2 zon iaitu Zon Hijau (kiri) dan Zon Kuning (kanan) | Foto oleh Carlos George

Setibanya di premis berkenaan, rombongan ini disambut oleh Penyelaras dan Juruaudit EKSA PPD Tawau, Encik Abdul Halik Abdusukor. Beliau turut menyampaikan serba sedikit maklumat mengenai EKSA sebagai panduan, sebelum memulakan lawatan. 

Encik Abdul Halik menunjukkan sistem fail yang digunakan di PPD Tawau selepas EKSA dilaksanakan | Foto oleh Carlos George

Encik Abdul Halik menerangkan tentang pencapaian PPD Tawau berdasarkan sijil penghargaan yang telah diterima dari pihak MAMPU | Foto oleh Carlos George

Menurut Encik Abdul Halik, EKSA atau Ekosistem Kondusif Sektor AWAM ialah penjenamaan semula pelaksanaan Amalan 5S di kalangan agensi sektor awam. Ia adalah inisiatif yang diambil oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Oleh kerana, pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan, penambahbaikan dalam EKSA merangkumi kesesuaian dan keperluan semasa agensi mengikut lokaliti dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan.

WAJIB ADA papan Maklumat EKSA pada setiap zon | Foto oleh Carlos George

Pensijilan EKSA adalah antara langkah terbaik yang boleh diambil oleh sesebuah agensi kerajaan untuk menunjukkan tahap pelaksanaan EKSA dalam agensi berkenaan. Berbeza dengan Pensijilan 5S, MAMPU memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu dalam EKSA yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan. 

Penanda keberadaan kakitangan diseragamkan tetapi mengikut warna zon | Foto oleh Carlos George

ETIKA Penggunaaan Bilik antara elemen yang diterapkan untuk memastikan keselamatan, kekemasan dan keselesaaan pengguna bilik berkenaan | Foto oleh Carlos George

Dari konteks PPD Tawau, Zon EKSA terbahagi kepada dua zon utama iaitu Zon Hijau dan Zon Kuning. Lawatan ini bermula di Zon Kuning yang memperlihatkan keseragaman dalam susunatur, label dan tag.

TAG KUNING untuk benda/item yang disimpan sehingga tempoh tertentu | Foto oleh Carlos George

TAG MERAH untuk benda/item yang telah dilupuskan | Foto oleh Carlos George

"Kesemua elemen melibatkan susunatur dan label perlu dimesyuaratkan supaya zon terlibat dapat menyediakan ruang kerja yang selamat dan selesa.", tambahnya semasa menjelaskan keperluan keseragaman dalam sesuatu zon.

"Zon berlainan mungkin memerlukan susunatur dan label yang berbeza. Oleh itu, keseragaman EKSA sesuatu zon perlu persetujuan bersama secara lokaliti."

Tong sampah menggunakan kertas antara inovasi yang ditunjukkan untuk menyokong amalan kitar semula | Foto oleh Carlos George

Lampu tidak lagi diberikan nombor, cukup dengan pelan siling berdasarkan suis lampu | Foto oleh Carlos George

Penanda bilangan borang dalam rak menggunakan meter warna | Foto oleh Carlos George

Berucap dalam majlis penutupan lawatan, Encik Abdul Halik berharap agar lebih banyak sekolah dan organisasi kerajaan yang berjaya melaksanakan EKSA diperingkat masing-masing dan seterusnya mendapatkan pensijilan EKSA melalui MAMPU.

Sesi taklimat dan soal jawab di Bilik Mesyuarat PPD Tawau, selepas sesi lawatan tamat | Foto oleh Carlos George

Penyampaian sijil penghargaan dan plak oleh TPA, Encik Azman Mansur (tengah) kepada Encik Abdul Halik (kiri) sambil diiringi oleh Cikgu Kusmawatie Dahan | Foto oleh Carlos George


INFO TAMBAHAN:
Maklumat tentang EKSA boleh diperolehi secara langsung di:
Portal JPN SABAHhttp://jpnsabah.moe.gov.my/index.php/my/panduan-eksa.html
MAMPUhttp://www.mampu.gov.my/eksa