KV Tawau Sambut Hari Sukan Negara

Acara senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Abdul Alif Abdul Marit di Padang KV Tawau | Foto oleh Carlos George

Kolej Vokasional (KV) Tawau menyambut Hari Sukan Negara pada hari ini, 10 Oktober 2015 dengan mengadakan riadah senamrobik selama 40 minit tanpa henti di Padang KV Tawau.

Majlis sambutan ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Kamarul dan ucapan daripada Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy.

Cikgu Abdul Alif (depan tengah) dibantu oleh Cikgu Asnawi Ramli (belakang kiri) dan Cikgu Wong Yun Shing (belakang kanan) | Foto oleh Carlos George

Dalam ucapan ringkas pengarah, beliau berharap agar para guru/pensyarah dan pelajar mengamalkan budaya hidup sihat dan mengambil contoh masyarakat negara maju yang sangat mengambil berat tentang kesihatan mereka.

Cikgu Rokiah (tengah) dan Cikgu Sharymn Lim (kanan) sempat melihat kamera semasa melakukan aksi senaman | Foto oleh Carlos George

Meregangkan otot-otot yang sudah lama berehat | Foto oleh Carlos George

Pengarah, Encik Rangiah turut melakukan aksi senaman bersama barisan guru | Foto oleh Carlos George

Encik Doimeh Dolinting turut sama menjayakan acara senamrobik ini | Foto oleh Carlos George

Selepas acara senamrobik, berlangsung Pertandingan Ragbi Piala Pengarah KV Tawau dan semua pelajar diwajibkan berada disekitar padang untuk menyaksikan dan seterusnya memberikan sokongan kepada pasukan kolej dalam perlawanan pertama, KV Tawau menentang SMK Balung, Tawau.

Guru/pensyarah dan pelajar yang menyaksikan perlawanan ragbi | Foto oleh Carlos George


INFO HARI SUKAN NEGARA

Sambutan Hari Sukan Negara pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun merupakan Agenda nasional didalam Proses transformasi Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation). Usaha dan langkah pro aktif untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif dalam aktiviti sukan dan kecergasan.

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan dan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju.

Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.