Penghargaan Kepada MULTI BAKE Tawau

Wakil Pengurusan Multi Bake Tawau, Mrs Lee Seon Vuii (dua dari kiri) menerima sijil penghargaan dan plak daripada Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur (dua dari kanan). Turut sama dalam majlis penyampaian ini ialah Cikgu Lim Lay Yong (kiri) dan Cikgu Myra Ladaming (kanan) | Foto oleh Carlos George

Terima kasih diucapkan kepada pihak MULTI BAKE Tawau yang telah menyumbangkan makanan berupa bun produk MULTI BAKE kepada Kolej Vokasional Tawau sempena Kempen Derma Darah Anjuran Unit PJK pada 30 September 2015 di Restoran Perdana Jabatan Hospitaliti. 

Penyerahan sijil penghargaan ini dilakukan di Pejabat Urusan dan Kilang Pemprosesan Makanan Francais MULTI BAKE, Syarikat Columbia Apex Sdn. Bhd. di TB 4349, Lot 14, Kompleks Perindustrian BB, OFF Jalan Sin On, 91000 Tawau, Sabah.

Syarikat yang berdaftar dengan HALAL Malaysia ini mengeluarkan lebih daripada 100 jenis produk bakeri dan pastri.

Sila layari http://www.multibake.com untuk maklumat lanjut mengenai produk mereka.