Program WE CARE Tingkatkan Kesedaran Ibubapa dan Pelajar Diploma

Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur (tiga dari kanan) mewakili Pengarah Kolej Vokasional Tawau dalam proses rayuan pelajar yang melibatkan ibubapa pelajar bersama Ketua Jaminan Kualiti, Encik Yahaya Ismail (dua dari kanan)| Foto oleh Carlos George

Program WE CARE kali ini disekalikan dengan proses rayuan kepada Ahli Senat, Kolej Vokasional Tawau. Program yang telah berlangsung pada 12 Oktober 2015 ini, bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 3.00 petang. 

Antara ahli Senat yang terlibat dalam Proses Rayuan | Foto oleh Carlos George

Program yang telah dijalankan pada 10 Februari lepas, mensasarkan objektif dan kumpulan pelajar yang berbeza. Kumpulan pelajar yang terlibat kali ini adalah kumpulan pelajar Diploma yang mempunyai masalah dari segi kelayakan untuk menduduki peperiksaan akhir Semester 2 disebabkan oleh masalah kehadiran dibawah 90%.

Seramai lebih kurang 30 pelajar terlibat dalam program kali ini yang turut melibatkan para ibubapa pelajar kerana mengikut laporan guru/pensyarah yang mengajar, kebanyakan pelajar yang terlibat tidak memberikan bukti bertulis samaada surat sakit atau surat ibubapa yang menyokong atau menyatakan sebab ketidakhadiran ke kolej. 

Masalah kehadiran ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada ketidakupayaan pelajar untuk menyiapkan kompentensi modul vokasional, menyiapkan kerja kursus dan menjawab kuiz modul akademik. 

Pelajar dan ibubapa menandatangan Surat Akuan Aku Janji dihadapan akli Senat, setelah ahli Senat berpuashati dengan penjelasan dan cadangan penambahbaikan yang dipersetujui bersama dengan pelajar dan ibubapa | Foto oleh Carlos George

Diharapkan selepas program kali ini, pihak ibubapa akan lebih prihatin mengenai rekod ketidakhadiran pelajar dan turut sama membantu pihak kolej mengawasi, memantau dan memastikan agar kumpulan pelajar ini dapat mematuhi dan memenuhi syarat pengajian diploma sehingga bergelar graduan nanti.

Penyelaras Program WE CARE, Cikgu Rosalin Ab Hatta memberikan nombor giliran kepada para ibubapa yang beratur untuk menghadap ahli Senat bersama pelajar | Foto oleh Carlos George

Antara ibubapa dan ahli keluarga pelajar yang sedang menunggu giliran | Foto oleh Carlos George