Zane Art Restoran Sasar Keuntungan Berganda

Antara ahli kumpulan Zane Art Restaurant yang diketuai oleh Norsyuhada Dahlan (tiga dari kiri) semasa membuka kaunter jualan berhadapan Dataran Ilmu, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Menggelarkan kumpulan mereka sebagai Zane Art Restaurant, kumpulan pelajar Diploma Seni Kulinari Tahun 1 yang diketuai oleh Norsyuhada Dahlan ini mensasarkan keuntungan berganda dalam penjualan makanan bersandarkan kepada menu yang ditawarkan kepada pelanggan.

Cikgu Zulaiqha Fadzli yang membimbing para pelajar ini memaklumkan bahawa projek memasak dan menjual ini adalah antara aktiviti yang dilakukan oleh pelajar Diploma Seni Kulinari dibawah Projek Product Based-Education (PBE) dari 5 hingga 23 Oktober 2015.

"Penjualan yang bermula pada hari ini, 7 Oktober 2015 adalah selepas membuat perancangan tentang modal, menu, perbelanjaan dan pembelian bahan yang mengambil masa selama dua hari sebelum mengeluarkan produk kumpulan masing-masing.", tambahnya lagi.

Menu makanan tengahari, nasi berlauk ayam masak satay, kari ikan dan acar timun | Foto oleh Carlos George

Menu yang ditawarkan setiap hari dipaparkan dalam bentuk iklan di Papan Kenyataan Pejabat Am, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Terdapat tiga kumpulan berbeza dalam Program Diploma Seni Kulinari yang bakal bersaing mendapatkan pelanggan masing-masing ditempat penjualan yang telah ditetapkan. 

Selain daripada Program Seni Kulinari, Program Bakeri dan Pastri turut menjual produk mereka disekitar kawasan kolej.