Atlit KV Tawau Meriahkan Acara 4x100 meter Terbuka SMK Tawau

Antara atlit yang terlibat dengan acara 4x100 meter terbuka di SMK Tawau. Asnawi (berdiri - tiga dari kanan) merupakan jurulatih bagi pasukan ini | Foto ikhsan Asnawi Ramlee

Kolej Vokasional (KV) Tawau menghantar dua pasukan lelaki dan perempuan untuk menyertai Acara Jemputan 4x100 meter Terbuka di SMK Tawau sempena Sukan Tahunan SMK Tawau Kali ke 57.

Walaupun kedua-dua pasukan tidak berjaya membawa sebarang pingat, usaha dan semangat kesukanan yang ditunjukkan perlu mendapat pujian dan penghargaan kerana mereka telah memberikan persembahan yang terbaik untuk bersaing.

Catatan masa pasukan lelaki menduduki tempat ke-5 daripada 10 pasukan yang bertanding dalam acara terbuka ini. Tempat pertama dimenangi oleh Pasukan Track And Field Tawau.