Jabatan Umum Rai Perpindahan Naizuwan, Husna dan Wellmexly

TPA, Encik Azman Mansor (berdiri) memberikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Perpisahan Anjuran Jabatan Umum | Foto oleh Carlos George

Jabatan Umum meraikan perpindahan tiga guru, Naizuwan Hashim Ramli, Nuur Husna Baharudin dan Wellmexly Lojumin yang bakal berpindah ke Kolej Vokasional Beaufort berkuatkuasa 01 Mac 2016.

Naizuwan yang telah berkhidmat lebih kurang 8 tahun 8 bulan di Kolej Vokasional Tawau sejak 25 Jun 2007 ternyata agak sedih ketika diberikan peluang memberikan ucapan perpisahan dalam majlis tersebut. Namun baginya, perpindahan ini adalah untuk menemankan dan meluangkan lebih banyak masa dengan ibubapanya yang kini mengalami masalah kesihatan.  

Naizuwan Hashim Ramli bersama isteri, Nuur Husna semasa menyampaikan ucapan perpisahan dalam majlis berkenaan | Foto oleh Carlos George

Wellmexly
Wellmexly Lojumin yang berasal dari Kiulu, Tamparuli mengucapkan penghargaan kepada Jabatan Umum yang sudi meraikan perpindahannya. Menurut Wellmexly, dia sangat bersyukur setelah akhirnya berjaya untuk pindah setelah beberapa percubaan sejak 2012 tidak berjaya.

Walaubagaimanapun, dia masih terasa berat hati untuk meninggalkan Kolej Vokasional Tawau kerana 5 tahun 3 bulan berada di Kolej Vokasional Tawau sejak 22 November 2010, membuatkan dia menganggap Tawau sebagai rumah ke-2 selepas Tamparuli.


Antara guru/pensyarah Jabatan Umum yang sama-sama meraikan Majlis Perpisahan yang berlangsung di Bilik Guru Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George 

Nuur Husna yang turut memberikan ucapan perpisahan kelihatan lebih beremosi berbanding yang terdahulu, namun masih berjaya mengawal airmata daripada terus mengalir. Husna yang mula berkhidmat di Kolej Vokasional Tawau pada 28 Jun 2011, mengajar matapelajaran Pendidikan Islam walaupun mengkhusus dalam bidang lain semasa mengambil sarjana muda pendidikan.

Nuur Husna
Merujuk kepada pengalamannya selama ini, Husna berasa amat bangga dan berterima kasih kerana berkesempatan untuk berkhidmat di Kolej Vokasional Tawau selama 4 tahun 8 bulan yang pastinya akan menjadi panduan apabila berkhidmat ditempat baru.

Selepas sesi ucapan, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dari Jabatan Umum, yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Hj Mansor.

Setiap unit dibawah Jabatan Umum turut memberikan hadiah masing-masing yang diwakili oleh Ketua Unit.

Berikut antara gambar-gambar penyampaian hadiah yang telah berlangusng dalam majlis berkenaan:




Wellmexly (kiri) menerima hadiah daripada Ketua Unit ES, Puan Cristine Tee (kanan) | Foto oleh Carlos George

Jamuan Makan selepas sesi ucapan dan penyampaian hadiah tamat | Foto oleh Carlos George

Terima kasih atas segala jasa yang telah diberikan kepada Jabatan Umum Kolej Vokasional Tawau, dan kepada kolej amnya, sepanjang berkhidmat disini. Semoga kesemua guru/pensyarah ini akan beroleh kejayaan dan berkhidmat dengan lebih cemerlang ditempat yang baru.