Karnival VOKTEK 2016 Gugur Empat Acara

Banner Promosi Karnival VOKTEK 2016 oleh Carlos George

Mesyuarat Karnival VOKTEK 2016 Peringkat Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dihadiri oleh pengarah-pengarah KV-8 telah sebulat suara memutuskan untuk mengugurkan empat acara daripada lapan acara yang dipertandingkan dalam Karnival VOKTEK sebelum ini.


Mesyuarat berlangsung di Bilik Unit Latihan dan Dokumentasi Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Mesyuarat yang berlangsung lebih kurang 3 jam ini dihadiri oleh Pengarah dari KV Tawau, KV Beaufort, KV Keningau, KV Likas, KV Kudat, KV Lahad Datu, TPSA KV Labuan dan KJK KV Sandakan.

Empat acara sukan dan persembahan yang terlibat iaitu Sofbol (Perempuan), Bola Tampar (Lelaki), Sepak Takraw (Lelaki) dan VOKTEK IDOL digugurkan bagi menampung kekangan kewangan yang dihadapi dalam penganjuran kali ini.

Walau bagaimanapun, tiga acara sukan tersebut akan diwakili oleh pasukan yang telah meraih gelaran terbaik pada peringkat kebangsaan tahun lepas secara otomatik. Mereka ialah Sofbol (Perempuan) dan Bola Tampar (Lelaki) diwakili oleh KV Kudat, manakala Sepak Takraw (Lelaki) akan diwakili oleh KV Beaufort dan KV Tawau. 

Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy turut berbesar hati memberikan cenderahati kepada semua pengarah dan wakil pengarah, kerana ini adalah pertama kali Mesyuarat Pengarah KV-8 diadakan di KV Tawau semenjak beliau menjadi pengarah.


Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah menyampaikan cenderahati kepada Pengarah KV Beaufort, Encik Md Asri Alian | Foto oleh Carlos George

Encik Rangiah menyampaikan cenderahati kepada Pengarah KV Keningau, Encik Johari Sabin | Foto oleh Carlos George

Gambar kenangan Pengarah dan Wakil Pengarah KV-8 sempena Mesyuarat Karnival VOKTEK 2016 | Foto oleh Carlos George