Kolej Komuniti Tawau Bantu JPP Buat Persediaan Untuk MQA

Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, Kolej Komuniti Tawau, Encik Mahadi Ripin (kanan) dan Ketua Jaminan Kualiti, Encik Yahaya Ismail (kiri) berbincang perkara asas yang diperlukan oleh MQA | Foto oleh Carlos George

Jabatan Pentaksiran dan Penilaian (JPP) Kolej Vokasional Tawau menjemput Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, Kolej Komuniti Tawau, Encik Mahadi Ripin untuk membuat audit dalaman sebagai persediaan awal menghadapi penilaian MQA nanti.

Encik Mahadi memberikan idea untuk memenuhi keperluan MQA dalam perbincangan ringkas sebelum beredar ke Bilik Gerakan JPP | Foto oleh Carlos George

Antara yang diberikan perhatian semasa audit ini berlangsung ialah rekabentuk ruang legar bilik gerakan JPP, bilik kebal dan dokumentasi.

Encik Mahadi tiba lebih kurang jam 9:00 pagi dan disambut oleh Ketua Jaminan Kualiti, Encik Yahaya Ismail dan Ketua Jabatan JPP, Cik Darawati Pataruddin di Bilik Tetamu KV Tawau.

Bahagian ruang legar Bilik Gerakan JPP memerlukan pengubahsuaian untuk memenuhi keperluan MQA | Foto oleh Carlos George

Bilik Kebal JPP turut sama memerlukan pengubahsuaian | Foto oleh Carlos George

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahadi yang banyak memberikan komen membina dalam membantu persedian JPP.