Perpindahan Guru: Selamat Maju Jaya Naizuwan, Husna, Wellmexly dan Jalil

Ucapan Perpisahan semasa sesi Taklimat Guru pada 26 Februari 2016 di Bilik Mesyuarat BMG1. Dari kiri: Jalil Saari, Wellmexly Lojumin, Naizuwan Hashim Ramli dan Nuur Husna Baharudin. | Foto oleh Carlos George

Semua guru yang berpindah berkuatkuasa 01 Mac 2016 telah diberikan peluang untuk memberikan ucapan perpisahan dalam sesi Taklimat Guru pada petang, 26 Februari 2016 di Bilik Mesyuarat BMG 1.

Mereka yang berpindah ialah Cikgu Jalil Saari, Cikgu Wellmexly Lojumin, Cikgu Naizuwan Hashim Ramli dan Ustazah Nuur Husna Baharudin.

Cikgu Jalil akan berpindah ke Kolej Vokasional Batu Pahat manakala Cikgu Wellmexly, Cikgu Naizuwan dan Ustazah Nuur Husna akan berpindah ke Kolej Vokasional Beaufort.

Penyampaian sijil penghargaan kepada yang berpindah, disampaikan oleh TPA, Encik Azman Hj Mansor (dua dari kanan) dan KJK, Encik Yahaya Ismail (dua dari kiri) kepada Cikgu Naizuwan dan Ustazah Nuur Husna sambil diiringi oleh Pengerusi KKRKVT, Encik Fadzilah Husin (kiri) | Foto oleh Carlos George

KJK, Encik Yahaya memberikan ucapan selamat kepada Wellmexly sambil diperhatikan oleh TPA, Encik Azman | Foto oleh Carlos George

Semoga kesemua guru ini akan meneruskan kecemerlangan di tempat yang baru dan dipermudahkan segala urusan.