Pemegang Rekod Dunia Guinness Terima Sijil Penghargaan

Majlis penyampaian sijil oleh TPA, Encik Azman Haji Mansor (kanan) kepada Cikgu Mohd Fadzilah Husin (kiri) | Foto oleh Carlos George

30 peserta MYSILAT MYFEST 2015 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2015, menerima sijil penghargaan masing-masing dalam satu majlis penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Haji Mansor, pada 29 Februari 2016, semasa Majlis Perhimpunan Mingguan.

Dalam program berkenaan, Persekutuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia berjaya mencatatkan rekod dunia sebagai sesi pengajaran silat terbesar dengan 12,393 peserta (http://www.guinnessworldrecords.com/world-records/388281-largest-silat-lesson). 

Tahniah kepada semua pelajar bersama guru pengiring, Cikgu Mohd Fadzilah Husin, Cikgu Anif Hamzah, Cikgu Arif Rahima dan Cikgu Aslinah Abdul Majid.

Gambar kenangan guru dan pelajar yang menyertai MYSILAT MYFEST 2015 | Foto oleh Carlos George