Pusat Satelit ISN Tawau Bantu Persediaan Peserta VOKTEK 2016

Encik Sharin Abdul Rahim, pegawai dari Unit Psikologi, Pusat Satelit ISN Tawau yang sempat ditemubual | Foto oleh Carlos George

Dengan misi untuk menjadi juara keseluruhan dalam Karvival Sukan Antara Kolej Vokasional Zon Sabah dan W/P Labuan, Kolej Vokasional Tawau mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Satelit ISN Tawau dalam Program Latihan Intensif VOKTEK 2016 yang bermula sejak 1 Mac 2016 dan dijangka berakhir pada 30 Mac 2016.

Kelas Psikologi oleh Encik Sharin bersama Pasukan Bola Tampar dan Pasukan Bola Jaring VOKTEK 2016 di Bilik Stor Sukan, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Arif Rahima

Antara yang diberikan penekanan dibawah program ini ialah peningkatan tahap kecergasan, cara pemakanan dan psikologi yang dikendalikan oleh para pegawai bertauliah dari Pusat Satelit ISN Tawau.

Menurut Encik Sharin, pihak ISN Tawau terbuka kepada sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat berkaitan sukan dari segi kecergasan, pemulihan, pemakanan dan psikologi. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada mereka yang berpejabat di Kompleks Sukan Tawau.