MAKLUMAT PERMOHONAN KEMASUKAN DAN SYARAT KHUSUS

CARA MEMOHON

 Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:

     i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;

    ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)


KEMUDAHAN ASRAMA

Kemudahan asrama disediakan di semua  SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.


KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.


SYARAT UMUM

1.  Calon adalah Warganegara Malaysia
2.  Calon Tingkatan 3 (Tiga) yang telah menduduki PT3 pada tahun sebelumnya.
3.  Calon sihat tubuh badan 
4.  Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan kerja amali.
5.  Calon berminat dengan bidang dipohon 


SYARAT KHUSUS

 PROGRAM : PENDIDIKAN VOKASIONAL

KATEGORI : A

KURSUS TERLIBAT:
1.Teknologi Mekatronik
2. Penyelenggaraan Pesawat
3. Perakaunan
4. Pengurusan perniagaan

PENCAPAIAN MINIMUM:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PT3 dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup

KATEGORI: B

KURSUS TERLIBAT:
1. Teknologi Elektrik*
2. Teknologi Elektronik*
3. Teknologi Automotif*
4. Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
5. Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web
6. Teknologi Pembinaan
7. Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die
8. Pembuatan Peralatan – Mould

PENCAPAIAN MINIMUM:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PT3 dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup
* Calon TIDAK RABUN/BUTA WARNA


KATEGORI: C

KURSUS TERLIBAT:
1. Pelancongan
2. Seni Kulinari
3. Bakeri dan Konfeksioneri
4. Fesyen dan Membuat Pakaian
5. Pengajian Awal Kanak-kanak
6. Kosmetologi
7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
8. Teknologi Pemesinan Industri
9. Teknologi Kimpalan
10. Hotikultur Hiasan
11. Landskap
12. Mekanisasi Pertanian
13. Agroindustri Tanaman
14. Agroindustri Ruminan
15. Agoindustri Poltri
16. Bioteknologi
17. Herba
18. Pemprosesan Hasil Pertanian
19. Akuakultur
20. Florikultur
21. Kesetiausahaan  Pentadbiran
22. Insurans
23. Perbankan
24. Pemasaran
25. Pengurusan Peruncitan

PENCAPAIAN MINIMUM:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PT3 dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup


PROGRAM : PENDIDIKAN TEKNIKAL

KURSUS TERLIBAT:
1. Kejuruteraan Mekanikal
2. Kejuruteraan Elektrik
3. Kejuruteraan Awam
4. Sains Pertanian
5. Perdagangan

PENCAPAIAN MINIMUM:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PT3 dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup

PROGRAM : LATIHAN KEMAHIRAN


KURSUS TERLIBAT:

1. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
2. Juruteknik Elektrik
3. Pemesin Am / Juruteknik Pemesinan
4. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
6. Pelukis Pelan Kejuruteraan  Mekanikal
7. Furniture Maker
8. Jurubina Bangunan
9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
10. Jurukerja Paip / Pemasangan Perpaipan dan Kumbahan
11. Pelukis  Pelan Senibina
12. Juruteknik Elektronik Industri-Peralatan
13. Pembuat Pakaian Wanita / Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
14. Pembantu Penyedia Makanan  / Demi Chef
15. Jurukecantikan
16. Pekerja Ladang Pertanian / Juruteknik Ladang Pertanian

PENCAPAIAN MINIMUM:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PT3 dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Kemahiran Hidup

Klik Juga: http://www.bptv.edu.my/v4/index.php/info-kemasukan