SEJARAH KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

Sebelum dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional pada Januari 2013, Kolej Vokasional Tawau telah mengalami banyak perubahan dari segi struktur bangunan, pentadbiran dan sukatan pelajaran. Pada tahun 1981, kolej ini mula melakarkan sejarahnya dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Tawau.
 

Beroperasi sepenuhnya dengan motto "Kemahiran Perintis Masa Depan" pada 15 April 1981, SM Vokasional Tawau pada masa itu hanya mempunyai 13 orang guru dan 50 orang pelajar. Pengetua pertama ialah En. James Liew Yuk Hin. Ketika itu hanya tujuh buah kursus yang ditawarkan dalam aliran Vokasional iaitu Elektronik;  Elektrik;  Binaan Bangunan;  Automotif;  Kimpalan Fabrikasi Logam; Perdagangan dan Amalan Bengkel Mesin dan 1 kursus aliran Ekonomi Rumah Tangga iaitu Katering. 

Encik James Liew Yuk Hin | Pengetua pertama Sekolah Menengah Vokasional Tawau

Pada tahun 1996, Sekolah Menengah Vokasional telah diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Teknikal.  Setahun kemudian, iaitu pada 8 Januari 1997, pihak Jabatan Pendidikan Teknikal telah memaklumkan pembaharuan nama sekolah dari Sekolah Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik Tawau secara hakiki.

Motto Sekolah Menengah Teknik Tawau turut diubah kepada "Kesepaduan Ilmu Teras Kecemerlangan" selaras dengan nama dan logo baru pada tahun 1997. Aliran teknikal (Pengajian Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik) telah diwujudkan bersama kursus-kursus Ekonomi Rumahtangga yang baru (Seni Kecantikan; Bakeri; Rekaan Fesyen dan Asuhan Kanak-kanak) termasuk Sijil Kemahiran Malaysia. Bilangan pelajar turut bertambah kepada 564 orang, guru bertambah kepada 67 orang dan staf sokongan kepada 20 orang. Bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan, Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) turut ditukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Pada awal Julai 1999, pejabat pentadbiran, asrama pelajar lelaki dan kelas kejuruteraan bagi pelajar aliran teknik telah dipindahkan ke bangunan baru. Pada tahun 2003, Kursus Pengaturcaraan Komputer diperkenalkan. 

Perubahan yang besar berlaku kepada Sekolah Menengah Teknik Tawau semasa berada dibawah kepimpinan pengetua/pemangku pengetua yang ke-12 (Lihat senarai nama pengetua). Beliau adalah Puan Mary Yap Kain Ching (Sekarang ini lebih dikenali sebagai Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan I). Di bawah pentadbiran beliau dan hasil usaha yang begitu gigih di kalangan seluruh warga sekolah, sekolah ini mula menjadi sebutan di peringkat daerah Tawau apabila berjaya memperolehi keputusan 100% dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi aliran teknik selama tujuh tahun berturut-turut (1998-2004) dan juga aliran vokasional pada tahun 2002 hingga 2004.

Datuk Mary Yap Kain Ching | Foto from Datuk Mary Yap Facebook

Dengan visi "Menjadi Sekolah Menengah Teknik Yang Sentiasa Di Hadapan" dan slogan "Yes! We Can Do It!" kejayaan demi kejayaan dicapai. Kejayaan dan penghormatan tertinggi yang telah dicapai Sekolah Menengah Teknik Tawau ialah Anugerah Kualiti Yang Berhormat Menteri Pendidikan (dalam Pengurusan Sekolah) tahun 2001, Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik tahun 2000 selepas pengiktirafan sekolah bertaraf 6 bintang oleh Yang Berbahagia Dr. Ahamad Sipon, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Anugerah Sekolah Kecemerlangan Kluster pada 30 Mac 2007.

Bermula Januari 2012, Sekolah Menengah Teknik Tawau sekali lagi bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Vokasional Tawau. Dan dibawah pengurusan pengetua, Encik Johan Bin Haji Okasa, kecemerlangan sekolah diteruskan dan berjaya memperoleh Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 5 April 2012. 

Encik Johan Bin Haji Okasa

Dan kini, melalui penjenamaan baru menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional, Sekolah Menengah Vokasional Tawau dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional Tawau. Semua 13 kursus yang ditawarkan sebelum ini diteruskan dengan jenama baru. Kursus Elektrik (Teknologi Elektrik), Kursus Elektronik (Teknologi Elektronik), Kursus Amalan Bengkel Mesin (Pemesinan Industri), Kursus Kimpalan Fabikrasi Logam (Teknologi Kimpalan), Kursus Automotif (Teknologi Automotif), Kursus Binaan Bangunan (Teknologi Pembinaan), Kursus Katering (Seni Kulinari), Kursus Bakeri (Bakeri dan Konfeksionari), Kursus Rekaan Fesyen (Fesyen dan Pembuatan Pakaian), Kursus Asuhan Kanak-kanak (Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak), Kursus Seni Kecantikan (Kosmetologi), Kursus Pengurusan Perniagaan diganti dengan Perakaunan, Kursus Pengaturcaraan Komputer (Sistem Komputer dan Rangkaian) dan Kursus SKM akan digantikan dengan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Dengan motto baru " Mahir, Trampil, Unggul", Kolej Vokasional Tawau akan terus mengorak langkah untuk menggamit kejayaan melalui kerjasama dan usaha yang berterusan dari semua warga kolej.


SENARAI NAMA PENGETUA

TahunNama Pengetua/Pentadbir

    1981 - 1982Mr. James Liew Yok Hin
    1982 - 1983Mr. James A.Labangka
    1983 - 1984En. Abdul Rahim Abdullah
    1984 - 1988En. Abdullah Ahmad
    1988 - 1991En. Aminuddin Hamdan
    1992 - 1993En. Amre Azi (Pentadbir)
    1994 - 1995En. Mohamad Rashid Saad (Pentadbir)
    1995 - April 1995En. Zulpata Mustapha (Pentadbir)
    April 1995 - Mei 1995En. Mohd Isa Hassan (Pentadbir)
    Jun 1995 - Disember 1995Pn. Jennie Ling Ai Yieng
    Januari 1996 - April 1996En. Ismail Hj.Talib (Pentadbir)
    Mei 1996 - Disember 2003Pn. Mary Yap Kain Ching A.S.D.K, A.D.K
    Feb 2004 - Feb 2005Pn. Hjh Masni Madat
    Apr 2005 - Mac 2007Pn. Mary Yap Kain Ching A.S.D.K, A.D.K, JP
    April 2007 - Ogos 2009Pn. Fitriyani Bt Wahid
    Ogos 2009 - Nov 2014En. Johan Bin Haji Okasa
    24 Nov 2014 - sekarangEn. Rangiah A/L Muthusamy


    PERUBAHAN LOGO KOLEJ VOKASIONAL TAWAU


    BUKU / MAJALAH YANG PERNAH DITERBITKAN


    SEJARAH HITAM: KEBAKARAN BLOK ASRAMA LELAKI PADA TAHUN 2007

    Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu mengenai kebakaran asrama pada tahun 2007. Kebakaran ini berlaku pada lebih kurang jam 1.00 pagi, 04 Mac 2007 yang telah mengakibatkan kemusnahan pada Tingkat 3 Asrama Lelaki Blok B. Punca kebakaran tidak dimaklumkan. Bagaimanapun, ianya dipercayai bermula dari stor penyimpanan tilam di Tingkat 3 blok berkenaan. Tiada sebarang kehilangan nyawa yang dilaporkan dalam insiden kebakaran ini.


    Setelah selesai dibaikpulih pada hujung tahun 2009, pelbagai usaha telah dilakukan supaya asrama ini boleh digunakan semula. Antaranya ialah lawatan Timbalan Pengarah Unit Pembangunan BPTV, Puan Hajah Zalihar Binti Abdul Ghani bersama rombongan Pegawai Pengurusan Aset (PPA) BPTV pada 17/07/2012. Dan hasil pelaporan dan perbincangan antara kedua-dua pihak, akhirnya Bangunan Asrama yang pernah terbakar ini diserahkan kepada pihak pentadbiran Kolej Vokasional Tawau pada 17/01/2014.
     
    Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Johan Bin Hj Okasa menandatangani Dokumen Penyerahan / Pengambilalihan Projek Siap di hadapan Encik Jasper yang mewakili Jurutera Daerah JKR Tawau.

    Majlis Penyerahan Bangunan Asrama disempurnakan dengan penyerahan dokumen yang telah ditandatangani kepada pihak JKR