Pengalaman mengendalikan laman web dan blog Pahaikan.com serta beberapa blog lain membuatkan saya mempelajari banyak perkara (belajar sendiri daripada internet) termasuklah cara untuk mengubahsuai template, cara penulisan yang boleh menarik perhatian pembaca dan cara-cara menyunting (mengedit) gambar. Dengan bersandarkan kepada pengalaman sebelum ini, saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik yang saya mampu dari segi visual dan isi kandungan blog untuk menepati citarasa pembaca blog Kolej Vokasional Tawau.
Projek Blog Kolej Vokasional Tawau bermula pada 23/01/2014 dimana saya mula memilih template untuk projek ini. Proses pemilihan template ini telah mengambil masa selama 3 hari kerana kebanyakan template yang tersebar diseluruh www ini tidak memenuhi tema utama iaitu warna oren. Akhirnya, setelah puas memilih diantara 10 template bertemakan warna oren, saya memutuskan untuk memilih template blog ini semata-mata kerana peratus warna oren yang tinggi dan rasanya dalam beberapa tahun lagi, warna ini mungkin menjadi lambang kepada pendidikan vokasional di seluruh Malaysia.
Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pereka template blog DaddyDesign dari MakingDifferent.com iaitu Mr. Nitin Maheta yang memberikan kebenaran bertulis untuk menggunakan template ini secara percuma.
![]() |
Template asal blog ini dari MakingDifferent.com |
Dengan
memperuntukkan masa lebih kurang dua - tiga jam sehari bermula daripada
26/01/2014 termasuk proses pemilihan dan penyuntingan gambar, akhirnya
template asal berubah wajah menjadi blog Kolej Vokasional Tawau yang
kita kenali kini (mungkin berubah juga selepas beberapa tahun).
Beberapa
element baru turut dimasukkan ke dalam template ini, antaranya
multilevel-drop-menu yang mana pada asalnya, menu template hanyalah 2
level dan diubah keada 4 level (5 pun boleh bah...). Blog header turut ditukar dan floating image ditambahkan untuk menyerikan lagi persekitaran blog. Sesungguhnya, template ini tidaklah sehebat responsive and dynamic template tapi kira okaylah untuk menyebarkan maklumat kepada umum.
Apa pun, cakap banyak atau tulis banyak-banyak pun tarak guna... Sekarang masa untuk ambil gambar program yang berlangsung di kolej, edit dan kemudian update blog. Baru sambung cerita...
Kepada
pihak pentabiran Kolej Vokasional Tawau, terima kasih kerana memberi
kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan blog ini. Apa pun, cakap banyak atau tulis banyak-banyak pun tarak guna... Sekarang masa untuk ambil gambar program yang berlangsung di kolej, edit dan kemudian update blog. Baru sambung cerita...
Terima kasih,

Blogmaster,
kvtawau.blogspot.com
P/S: Kawan-kawan dalam jawatankuasa webmaster automatik jadi admin dalam blog ini.