![]() |
Logo kolej ini adalah hasil rekaan Cikgu Carlos George
Logo Kolej Vokasional Tawau direka menggunakan tema Negeri Sabah tercinta selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan tenaga mahir yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran. Oleh itu, logo kolej ini melambangkan identiti dan keunikan Kolej Vokasional Tawau yang menyahut Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk membina insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara. Sila save logo di sini: LOGO KOLEJ VOKASIONAL TAWAU
|





MAKSUD WARNA PADA LOGO
Merah : Berani dan semangat juang yang membara untuk mengecap kejayaan sepanjang masa.
Kuning : Hati emas dengan peribadi mulia.
Biru muda: Semangat kecintaan kepada kolej.
Biru tua : Disiplin pelajar yang dibentuk melalui acuan Kolej Vokasional Tawau.
Hitam: Hati waja warga Kolej Vokasional Tawau.
![]() |
Perubahan logo dari tahun 1981 hingga 2013 |
![]() |
Moto kolej ini adalah hasil buah fikiran Cikgu Ahmad Hussain Bin Ahmad Rusdi |
Moto ini tertumpu kepada kualiti produk tenaga mahir yang bakal dilahirkan oleh Kolej Vokasional Tawau yang mementingkan kesepaduan antara ketiga-tiga perkataan yang digunakan iaitu MAHIR dalam bidangnya, TRAMPIL dalam kemahirannya dan UNGGUL dalam semua aspek.