Taklimat Profesion Perakaunan Oleh MIA & ACCA

Gambar kenangan sebelum bertolak ke Kota Kinabalu. Dari kiri: Nurain Hasim, Nurul Azizah Rosman, Yusriana Payu, Vianah Toh, Jumarni Samsudin, Ibulan Roslee, Sarina Mail (Ketua Unit Perakaunan), Nur Aisyah Abdul Samat, Saidah Hannah Syuhada Indra, Nurkhalidah Ikhlas Abbas | Foto oleh Carlos George

Enam pelajar bersama seorang pensyarah, Cik Vianah Toh telah bertolak ke Kota Kinabalu pada 20 April 2016 untuk mengikuti Taklimat Profesion Perakaunan daripada Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) di MIA Sabah Regional Office, Damai Point Commercial Centre, Luyang.

Mereka akan berada di ibu negeri selama dua hari sehingga 22 April 2016.

Taklimat ini antara usahasama jangka panjang antara MIA dan ACCA melalui MOU yang terjalin sejak 2014.

Info lanjut: 
MIA AND ACCA SIGN AGREEMENT TO BENEFIT THOUSANDS OF FINANCE PROFESSIONALS


Baca seterusnya »

Ceramah LHDN Perkasa Pengetahuan Pelajar

Pegawai LHDN yang memberikan ceramah, Cik Jumiati Binti Siji | Foto oleh Carlos George

Pegawai LHDN, Cik Jumiati Siji telah dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan LHDN di Dewan Tun Ahmad Shah, pada 7 April lalu, bagi memperkasakan pengetahuan pelajar berkenaan Modul 6: Pengenalan Kepada Cukai Pendapatan dan Modul 7: Tanggungjawab Pembayar Cukai dalam subjek Tanggungjawab Pekerja dan Kepenggunaan (TPP).


Para pelajar diploma tahun 2 yang menyertai sesi ceramah ini | Foto oleh Carlos George

Ini merupakan lanjutan kepada siri ceramah sebelum ini (KWSP), atas inisiatif pensyarah Tanggungjawab Pekerja dan Kepenggunaan (TPP), Cikgu Adibah Aspah.

Oleh kerana, bulan April merupakan tempoh pengisian Borang BE Tahun Taksiran 2015, guru-guru turut mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai taksiran tahunan selepas beberapa penambahbaikan dilakukan selepas Belanjawan 2016 diumumkan.


Antara barisan pensyarah dan pentadbir yang menyertai sesi ceramah berkenaan. Dari kiri: Puan Chang On Ling, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Doimeh Dolinting, Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Hj Mansor dan  Encik Hisyam Lee | Foto oleh Carlos George

Lima kelas terlibat dalam sesi ceramah ini, yang hadir bersama dengan guru/pensyarah masing-masing.


Mohd Khaikal (berdiri), antara pelajar yang sempat mengemukakan soalan semasa sesi ceramah berlangsung | Foto oleh Carlos George

Sesi ceramah berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari.


Baca seterusnya »

Aidarina Bantu Jelaskan Fungsi dan Akta KWSP

Ketua Penguatkuasaan KWSP Cawangan Tawau, Puan Aidarina Jakaria (tengah) bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Doimeh Dolinting (dua dari kanan) dan Pensyarah TPP, Cikgu Adibah Aspah (kanan) semasa menyambut ketibaan rombongan di Bilik Tetamu KV Tawau | Foto oleh Carlos George

Ketua Penguatkuasaan KWSP Cawangan Tawau, Puan Aidarina Jakaria telah dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan KWSP di Dewan Tun Ahmad Shah, semalam, atas inisiatif pensyarah Tanggungjawab Pekerja dan Kepenggunaan (TPP), Cikgu Adibah Aspah.

Subjek Tanggungjawab Pekerja dan Kepenggunaan (TPP) yang ditawarkan kepada Pelajar Diploma Vokasional adalah antara subjek dibawah Unit Insaniah yang mempersiapkan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan.

Turut sama dengan Puan Aidarina ialah dua orang inspektor dari Unit Penguatkuasaan Bahagian Operasi KWSP Cawangan Tawau | Foto oleh Carlos George

Ceramah yang disampaikan bertajuk Tanggungan Mencarum dan Puan Aidarina memberikan peluang seluasnya kepada pelajar untuk bertanya soalan berkaitan kepentingan kwsp, penguatkuasaan, faedah dan jenis pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP.

Semasa sesi ceramah berlangsung di Dewan Tun Ahmad Shah | Foto oleh Carlos George

Antara pelajar yang terlibat dalam ceramh ini | Foto oleh Carlos George

Hanya dua kelas yang terlibat dalam ceramah ini iaitu 2DVM Teknologi Pemesinan Industri (MPI) dan 2 DVM Fesyan dan Membuat Pakaian (JFP) yang melibatkan kira-kira 58 orang pelajar.

Penyampaian cenderahati kepada Puan Aidarina (kanan) dari Puan Adibah (kiri) | Foto ikhsan Adibah Aspah

Sesi bergambar berkumpulan | Foto ikhsan Adibah Aspah

Sesi ceramah tamat lebih kurang jam 11.30 pagi.


Baca seterusnya »

14 Pelajar KV Tawau Sertai Program BPreneur Muda UMK

Gambar kenangan Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy (duduk empat dari kiri), Timbalan Pengarah Akademik KV Tawau, Encik Azman Hj. Mansor (duduk empat dari kanan) dan Prof. Dr Raja Suzana Raja Kasim, Ketua Program Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang 2/2013 (UMK/KPTM) (duduk tiga dari kiri) bersama 14 pelajar Diploma Tahun Akhir Kursus Bakeri dan Pastri dari Kolej Vokasional Tawau | Foto ikhsan Azman Hj Mansor

Program Bpreneur Muda UMK (Pemerkasaan Keusahawanan Belia Dari Komuniti Terpinggir) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang 2/2013 (UMK/KPTM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah, telah berlangsung di Astana Hotel Tawau dari 4 - 8 Februari 2016. 




Layari laman facebook https://www.facebook.com/azman.mansor.35 untuk maklumat lanjut.


Baca seterusnya »

Program B&G Siri 1/2016: Peranan IT Terhadap Pendidikan, Sosial dan Masa Depan

Program B&G Siri 1/2016 merupakan inisiatif Timbalan Pengara Akademik (TPA), Encik Azman Bin Haji Mansor yang telah menjemput Encik Ismail Awang dari Syarikat Telekom Malaysia Berhad Cawangan Tawau untuk memberikan ceramah berkaitan peranan IT kepada pendidikan, sosial dan masa depan. Program telah berlangsung di Dewan Tun Ahmad Shah melibatkan pelajar asrama Kolej Vokasional Tawau pada Hari Ahad, 31 Januari 2016.


Baca seterusnya »

Ibubapa Perlu Bantu Pelajar Supaya Fokus Pengajian - Pengarah KV Tawau

Pengarah, Encik Rangiah memberikan taklimat ringkas dan ucapan alu-aluan kepada para ibubapa dan pelajar baru sebelum proses pendaftaran bermula, semalam | Foto oleh Carlos George

Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy mengambil peluang untuk memberikan taklimat ringkas mengenai Sistem Kolej Vokasional semasa memberikan ucapan alu-aluan kepada ibubapa dan pelajar baru sempena Hari Pendaftaran Pelajar Baru Kohort 2016, semalam.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih untuk mengikuti pengajian di Kolej Vokasional Tawau, kerana KV Tawau hanya menawarkan 222 kekosongan untuk 13 kursus yang ditawarkan.

Beliau turut menegaskan bahawa Kolej Vokasional bukan pilihan terakhir untuk meneruskan pengajian atau menempatkan anak-anak yang tidak mendapat keputusan yang baik kerana permohonan secara online ke Kolej Vokasional Tawau melebihi angka 1400 dan rata-rata pemohon mempunyai gred yang baik.

"Kesedaran masyarakat tentang kepentingan kemahiran vokasional dalam persaingan mendapatkan pekerjaan dalam mana-mana industri pada masa ini, sangat memberangsangkan. Memilih dan terpilih masuk ke Kolej Vokasional Tawau merupakan satu rahmat dan gunakan peluang yang diberi untuk masa depan yang lebih baik".

Antara ibubapa dan pelajar yang hadir semasa slot taklimat oleh pengarah | Foto oleh Carlos George 

Menurut beliau lagi, Sistem Kolej Vokasional merupakan sebuah sistem pendidikan yang lebih mencabar dan menarik berbanding Sistem Persekolahan Arus Perdana yang memfokuskan kepada produk mahir dan separa mahir bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Sistem Kolej Vokasional yang kini menawarkan pengajian peringkat Diploma selama 4 tahun 5 bulan yang merangkumi Peringkat Sijil Vokasional selama dua tahun, sememangnya mencabar dan berkemungkinan pelajar akan mendapat gangguan atau tekanan daripada persekitaran. Oleh itu, beliau menyeru kepada ibubapa untuk membantu pihak kolej mengingatkan para pelajar supaya fokus kepada pengajian selama berada di Kolej Vokasional Tawau.

"Ibubapa dan pelajar perlu faham keadaan ini supaya tidak berlaku masalah yang boleh mengakibatkan pelajar tersebut dibuang atau disingkirkan. Sekiranya diberhentikan atau dibuang kolej semasa pengajian, anda hanya membazirkan masa anda disini." 

Encik Rangiah menyapa dan beramah mesra dengan para ibubapa selepas memberikan taklimat | Foto oleh Carlos George

Encik Rangiah menutup taklimatnya dengan harapan agar semua pelajar yang mendaftarkan diri akan menamatkan pengajian mereka dengan jayanya, sebelum bertegur sapa dan beramah mesra dengan para ibubapa dan pelajar.



Baca seterusnya »

Lawatan Penandarasan JPP Ke IPG Kampus Tawau

Dr Noraini Said, semasa memberikan taklimat mengenai prosedur penilaian kerja kursus di Bilik Seri Kinabalu | Foto oleh Carlos George

Jabatan Penilaian dan Pentaksiran meneruskan Program Pemantapan Profesionalisme Jawatankuasa JPP dengan Program Lawatan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau pada 22 Januari 2016.

Setibanya di IPG Kampus Tawau, rombongan disambut oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian, IPG Tawau, Encik Samsuddin Sulaiman yang seterusnya membawa rombongan ke Bilik Seri Kinabalu untuk sesi taklimat.


Ahli rombongan fokus mendengar taklimat yang disampaikan oleh Dr Noraini Said | Foto oleh Carlos George

Sesi taklimat merangkumi tiga topik iaitu Prosedur Penilaian Kerja Kursus oleh Dr Noraini Said, Moderasi Kertas Peperiksaan oleh Puan Lina Thomas @ Tupang dan Manual Prosedur Kerja Pentadbiran Peperiksaan oleh Encik Samsuddin.


Puan Lina Thomas menunjukkan Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus yang juga dikenali sebagai "Buku Hijau" | Foto oleh Carlos George


Ketua rombongan, KJPP, Cik Darawati Pataruddin (kiri) turut mengemukakan beberapa pertanyaan semasa sesi taklimat Puan Lina | Foto oleh Carlos George

Walaupun sesi taklimat ini hanya melibatkan dua jam, tetapi beberapa perkongsian yang diberikan akan dimanfaatkan sebagai panduan bagi JPP dalam pelaksanaan penilaian dan pentaksiran di kolej nanti.


Cik Darawati (kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada Puan Lina (kanan) sebagai tanda berterima kasih kerana sudi menerima kunjungan daripada JPP, KV Tawau | Foto oleh Carlos George 


Cik Darawati turut menyampaikan jambangan bunga yang ditujukan khas untuk Pengarah IPG Kampus Tawau, Puan Hajah Masni Madat yang bakal bersara pada 27 Januari 2016 | Foto oleh Carlos George

Selepas sesi taklimat, rombongan dibawa menikmati jamuan ringan sebelum melawat Bilik Kebal Unit Peperiksaan dan Penilaian, IPG Kampus Tawau.


Majlis jamuan ringan di Bilik Tetamu | Foto oleh Carlos George


Lawatan ke Bilik Kebal, IPG Kampus Tawau | Foto oleh Carlos George

Sesi lawatan berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai, rombongan bersama Encik Samsuddin.


Gambar kenangan bersama Encik Samsuddin diperkarangan Unit Pentadbiran IPG Kampus Tawau | Foto oleh Carlos George


Sesi menikmati Sup Payau tajaan Ketua Rombongan, Cik Darawati Pataruddin | Foto oleh Carlos George


Terima kasih atas sajian penutup lawatan pada kali ini, lain kali bikin lagi... | Foto oleh Carlos George


Baca seterusnya »

Bengkel Pemantapan Bengkel JPP Fasa 2

Jamuan makan selepas kursus berakhir kira-kira jam 3.30 petang | Foto oleh Carlos George

Jabatan Pentaksiran dan Penilaian (JPP), Kolej Vokasional (KV) Tawau meneruskan Bengkel Pemantapan Profesionalisme Fasa 2 tahun 2016, semalam, 15 Januari 2016 di Bilik BMG1,dari jam 2.15 hingga 4.00 petang. 

Kehadiran ahli jawatankuasa agak kurang berbanding bengkel yang lepas memandangkan satu mesyuarat lain yang turut diadakan dan melibatkan individu yang sama.

Bengkel ke-2 yang juga dikendalikan oleh Puan Sariah Chole, memfokuskan kepada pemantapan penggunaan perisian Microsoft WORDS dan Microsoft EXCEL melalui elemen MAIL MERGE yang melibatkan pemindahan/perkongsian maklumat dari EXCEL sheet ke WORDS untuk kegunaan penyediaan transkrip dan sijil. 



Baca seterusnya »

Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan Pelajar SVM 2016



Mesyuarat Pengambilan Pelajar 2016 berlangsung semalam dengan semua Ketua Jabatan, Ketua Unit dan Ketua Bengkel diwajibkan hadir untuk melancarkan lagi semua proses yang terlibat sebelum pelajar baru mendaftarkan diri pada 26 Januari 2016.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy menetapkan pengurangan kes pelajar yang berhenti daripada Kolej Vokasional Tawau sebagai fokus utama dalam proses pengambilan pelajar kali ini. Punca utama perkara ini berlaku ialah pelajar tidak bersedia atau kurang memahami Konsep dan Cabaran Kolej Vokasional yang perlu mereka lalui untuk bergelar graduan diploma.

Oleh itu, antara langkah pertama yang akan diambil oleh Encik Rangiah ialah memberikan taklimat kepada ibubapa dan pelajar sebelum menjalani proses temuduga pada 14 Januari 2016 di Dewan Tun Ahmad Shah, Kolej Vokasional Tawau. Tahun lepas dan tahun sebelumnya terlepas pandang tentang keperluan ibubapa dan pelajar untuk memahami cabaran yang akan mereka lalui apabila memasuki Sistem Kolej Vokasional. Beliau akan turut menerangkan tentang perubahan terkini yang sedang berjalan dalam sistem ini.

Proses Temuduga, Semakan Dokumen dan Tapisan Kesihatan akan dijalankan oleh pihak bengkel melalui penyelarasan daripada Ketua Jabatan masing-masing.

Turut dimaklumkan bahawa semua pelajar yang datang untuk proses temuduga perlu berpakaian sekolah dan sesiapa yang tidak mematuhi peraturan ini tidak akan menjalani proses temuduga.

Proses Rayuan akan bermula selepas hari pendaftaran HANYA JIKA masih ada kursus yang kekurangan pelajar.

Kolej Vokasional Tawau hanya menawarkan 222 kekosongan untuk 13 Program dan merujuk kepada jumlah keseluruhan permohonan online melebihi 1400. Program Seni Kulinari menjadi tumpuan dengan 249 permohonan berbanding 17 kekosongan yang ditawarkan.

Encik Rangiah berharap agar semua yang terlibat akan menjalankan tanggungjawab untuk memilih calon pelajar yang terbaik untuk kumpulan pelajar SVM1 2016.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang.


Baca seterusnya »

Kursus Asuhan PERMATA di KV Tawau

Gambar kenangan peserta bersama Puan Rozbizah Abd Aziz dalam Kursus Asuhan PERMATA di Restoran Perdana, Kolej Vokasional Tawau | Foto ikhsan Shim Khi Ling

Program Pengajian Awal Kanak-Kanak (HAK) telah menjemput pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk menjalankan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA di Kolej Vokasional Tawau dari 16 hingga 21 November 2015.

Hadir dalam majlis perasmian kursus ini ialah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan dari Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Puan Rozbizah Abd Aziz.

Encik Rangiah (dua dari kanan), Pengarah Kolej Vokasional Tawau menyampaikan cenderahati kenangan kepada Puan Rozbizah (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Ketua Unit HAK, Puan Shim Kui Ling | Foto ikhsan Shim Kui Ling,

Menurut maklumat daripada http://www.jkm.gov.my, berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990.

Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh dua belas bulan bekerja.

Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi.  Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.


Baca seterusnya »

Taklimat Pembangunan Portfolio Dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Gambar kenangan bersama Tuan Haji Mustafa Bin Haji Khalid dengan Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting dan para peserta taklimat | Foto oleh Carlos George

Taklimat Pembangunan Portfolio dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang disampaikan oleh Penolong Kanan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (Sabah) Bahagian NASDA dan Unit Promosi, Tuan Haji Mustafa Bin Haji Khalid telah berlangsung di Bilik BMG 1 pada 12 November 2015 dari jam 9.00 hingga 12.30 tengahari.


Panduan Pelaksanaan Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) boleh dicari dalam google menggunakan keyword MYPPT | Foto oleh Carlos George

Taklimat ini menjurus kepada Pembangunan Portfolio Guru/Pensyarah yang belum mempunyai pensijilan/pengiktirafan SKM untuk kemahiran masing-masing secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) berfomatkan National Occupational Skills Standard (NOSS).


TPA, Encik Azman Mansor memberikan ucapan alu-aluan sebelum sesi taklimat bermula | Foto oleh Carlos George


Antara peserta yang menyertai sesi taklimat ini | Foto oleh Carlos George

Secara ringkasnya, pengiktirafan ini perlu memenuhi beberapa syarat asas antaranya pengalaman bekerja tidak kurang dari 3 tahun dengan beberapa kelebihan seperti kos yang rendah dan tidak perlu menghadiri kelas.


Sesi soal jawab Haji Mustafa bersama guru/pensyarah Bengkel Binaan Bangunan / Teknologi Pembinaan (WTP) | Foto oleh Carlos George

Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy yang turut hadir dan berucap dalam majlis penutupan taklimat menyarankan agar semua peserta yang hadir dalam taklimat berkenaan, mempersiapkan diri untuk merebut peluang mendapatkan pengiktirafan SKM melalui kaedah ini.

"Pada masa ini, kita hanya mempunyai beberapa orang pensyarah yang mempunyai tahap SKM 4 dan 5. Dan, untuk menyediakan pelajar bagi memenuhi permintaan industri, tenaga pengajar perlu mempunyai sekurang-kurangnya SKM Tahap 4."


Pengarah, Encik Rangiah menyampaikan cenderahati kenangan sebagai tanda penghargaan kepada Tuan Haji Mustafa dalam majlis penutupan taklimat | Foto oleh Carlos George

Encik Rangiah turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Mustafa yang sudi meluangkan masa walaupun sibuk, bertandang ke Kolej Vokasional Tawau untuk berkongsi maklumat dan memberi pencerahan mengenai SKM-PPT berkenaan.


Dalam sesi taklimat yang berasingan, turut berlangsung Taklimat Ijazah Sarjana (Master) dari Open University Malaysia (OUM) oleh Timbalan Pengarah OUM, Puan Vera Voo di Restoran Perdana, Kolej Vokasional Tawau.

Puan Vera Voo (dua dari kanan) bersama peserta Taklimat Sarjana OUM di Restoran Perdana | Foto ikhsan Arnayati Lanungka

Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah (kanan) menerima goodie bag dari Puan Vera Voo (kiri) di Bilik Tetamu, KV Tawau | Foto oleh Azman Mansor


Baca seterusnya »

Taklimat ES Oleh Mohd Rasi Solong

Cikgu Mohd Rasi Solong sedang menyampaikan Taklimat ES di Bilik BMG 1 kepada guru-guru akademik | Foto oleh Carlos George

Terima kasih dan tahniah kepada Cikgu Mohd Rasi Solong yang telah menyampaikan Taklimat ES atau Employability Skills dengan jelas dan sekurang-kurangnya berjaya merungkai kemelut matapelajaran ES yang dikendalikan oleh guru-guru akademik selama ini.

Dalam taklimat beliau, Cikgu Mohd Rasi menekankan kepentingan ES setelah pelajar keluar untuk menyertai pihak industri. Terdapat tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam ES iaitu Kemahiran Akademik yang merangkumi penyelesaian masalah, berfikir secara kritikal dan komunikasi, Kemahiran Mengurus Diri yang merangkumi sikap bertanggungjawab dan berfikiran positif dan Kemahiran Berpasukan yang merangkumi kebolehan bekerja dengan orang lain dan penglibatan dalam sesuatu projek.


Cikgu Arif Rahima mengemukakan soalan kepada pihak pentadbir mengenai kesesuaian guru-guru akademik mengajarkan Modul ES kepada pelajar | Foto oleh Carlos George

Sekiranya ES ini dapat dikuasai oleh para pelajar, mereka akan lebih bersedia dari segi fizikal dan mental serta lebih berketrampilan dan berdaya saing dalam industri kelak.

Terdapat beberapa modul dalam matapelajaran ES dan tidak semua melibatkan peralatan bengkel kecuali bab keselamatan. Oleh itu, modul-modul tertentu diserahkan kepada guru-guru akademik (mengikut kesesuaian) untuk mengajar modul ini bersama guru-guru vokasional.

"Yang paling penting ialah, guru-guru harus menempatkan diri mereka, bersama dengan pelajar dalam suasana pekerjaan dalam industri semasa menyampaikan atau mengajarkan matapelajaran ini. Dengan memberikan sudut pandangan berbeza dalam fikiran pelajar, objektif matapelajaran ini akan dapat dicapai dengan lebih mudah." jelasnya sebelum mengakhiri taklimat berkenaan.


TPA, Encik Azman Mansur (dua dari kiri) yang mewakili pihak pentadbir menyampaikan sijil penghargaan kepada Cikgu Mohd Rasi Solong (kanan) sambil diiringi oleh Ketua Unit ES, Cikgu Christine Tee (kiri). Turut sama, Ketua Jabatan Umum, Encik Ishak Japar (dua dari kanan) | Foto oleh Carlos George

Baca seterusnya »

Taklimat Pembangunan WIM dan Penilaian Berdasarkan NOSS Format Baharu

Puan Rozita Ismail sedang menyampaikan taklimat berkenaan Pembangunan WIM kepada para peserta | Foto oleh Carlos George

Taklimat Pembangunan WIM dan Penilaian Berdasarkan NOSS Format Baharu anjuran Unit Pembangunan Manual Latihan Program PPL, CIAST yang telah berlangsung di Bilik BMG 1, Kolej Vokasional (KV) Tawau telah berjaya menarik 50 peserta dari 12 agensi termasuk KV Tawau.

Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting turut sama menyertai taklimat ini | Foto oleh Carlos George

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada tenaga pengajar dari pusat bertauliah awam dan swasta berkenaan pembangunan Kertas Penerangan, Kertas Tugasan, Kertas Kerja dan Penilaian berasaskan NOSS (National Occupational Skill Standard) Format Baharu.

Para peserta tekun mendengar sambil menulis nota semasa taklimat berlangsung | Foto oleh Carlos George

Dalam taklimat ini, pihak CIAST memberi penerangan dan pemahaman supaya peserta boleh:

  • Membangun dan mendokumenkan WIM berdasarkan kepada Curriculum of Competency Unit (CoCU) dan memberi penekanan kepada pembangunan bahan pembelajaran seperti di bawah 
    • Kertas Penerangan / Information Sheet (P)
    • Kertas Tugasan /  Assignment Sheet (T)
    • Kertas Kerja / Work Sheet (K)
  • Membangun dan mendokumenkan
    • Kertas Penilaian Pengetahuan / Knowledge Assessment (KA)
    • Kertas Penilaian Prestasi / Performance Assessment (PA)
Maklumat lanjut mengenai Kursus WIM boleh diperolehi di laman web CIAST di http://www.ciast.gov.my/v3/index.php


Penghargaan kepada semua agensi (Tawau) yang terlibat dalam taklimat ini:

Sutera Skills Centre
Suria Academy
Sutera Angguk
Kolej Komuniti Tawau
D'Mima Beauty
Power Muscle Gym
Aina Andaman
Centella Herbs
Harina Consultancy Service
Akal Akar
Nidaa Beauty Centre

Penghargaan kepada semua pegawai CIAST dari Unit Pembangunan Manual Latihan (UPML) Program Perancangan dan Pembangunan Latihan (PPL) Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam, Selangor yang terlibat dalam taklimat ini:

Pn. Rozita bt Ismail                              03-55438262              rozita@ciast.gov.my
En. Halim b Abdullah                            03-55438267              halim@ciast.gov.my

En. Salim b Amil                                   03-55438263              salim@ciast.gov.my



Baca seterusnya »

Bengkel Pemantapan Pelaksanaan MQA

Gambar kenangan penceramah, Encik Ghazali Shah Ghani (duduk kiri) dengan Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy (duduk tengah), Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansor (duduk kanan) dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Doimeh Dolinting (berdiri depan lima dari kiri) bersama para peserta Bengkel Pemantapan Pelaksanaan MQA | Foto oleh Carlos George

Bengkel Pemantapan Pelaksanaan MQA Peringkat Kolej Vokasional (KV) Tawau telah dilaksanakan dengan jayanya semalam, 8 September 2015, dengan bantuan penceramah jemputan iaitu Encik Ghazali Shah Bin Ghani, yang merupakan Ketua Jaminan Kualiti (KJK), KV Beaufort.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Bin Mansor sebelum memberikan ruang kepada penceramah, Encik Ghazali untuk meneruskan slot pertama beliau iaitu Pendedahan Awal MQA.


Ghazali semasa menyampaikan maklumat dalam slot pertama - Pendedahan MQA | Foto oleh Carlos George

Antara slaid yang ditayangkan semasa slot pertama | Foto oleh Carlos George

Antara maklumat yang dikongsi dalam slot pertama ini ialah peranan MQA (Malaysian Qualifications Agency) atau Agensi Kelayakan Malaysia dan kelebihan mendapatkan akreditasi MQA.

Rujuk laman web ini:
Portal Rasmi Agensi Kelayakan Malaysia
Portal Universiti Putra Malaysia

Akreditasi merupakan satu perakuan bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi telah mencapai tahap standard kualiti yang ditetapkan. Terdapat dua jenis akreditasi yang ditawarkan oleh MQA, iaitu Akreditasi Penuh dan Akreditasi Sementara.


Cikgu Hairudin (tengah) antara peserta yang memberikan tumpuan sepenuhnya dalam slot pertama | Foto oleh Carlos George


Ketua Jabatan, Ketua Bengkel dan Ketua Unit adalah peserta yang diwajibkan untuk hadir dalam bengkel ini | Foto oleh Carlos George

Untuk memohon akreditasi ini, MQA telah menetapkan sembilan aspek utama yang perlu mencapai tahap standard kualiti yang ditetapkan, dikenali sebagai Kod Amalan Program Akreditasi dan Kod Amalan Audit Institusi. Kod berkenaan ialah:
  1. Visi, misi, matlamat pendidikan dan hasil pembelajaran
  2. Rekabentuk kurikulum dan penyampaian
  3. Penilaian pejar
  4. Pemilihan pelajar dan perkhidmatan sokongan
  5. Staf akademik
  6. Sumber pendidikan/kemudahan pengajaran dan pembelajaran
  7. Pemantauan dan semakan program
  8. Kepimpinan, tadbir urus  dan pentadbiran
  9. Penambahbaikan kualiti berterusan

Selepas rehat, bengkel diteruskan dengan Slot ke-2 iaitu Bengkel Penulisan Objektif Pendidikan Program (PEO), Hasil Pembelajaran Program (PLO), Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) dan Slot ke-3, Pembentangan Kumpulan.

Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy yang berharap agar semua pihak yang terlibat berkerjasama untuk memastikan pelaksanaan MQA untuk Kolej Vokasional Tawau berjalan lancar.

Majlis perasmian penutupan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar bersama penceramah.

Majlis Penyampaian Cenderahati kepada penceramah jemputan, Ketua Jaminan Kualiti, KV Beaufort, Encik Ghazali Shah Ghani yang disampaikan oleh Ketua Jaminan Kualiti, KV Tawau, Encik Yahaya Ismail. Turut sama Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy, TPA, Encik Azman Mansor, TPSA, Encik Doimeh Dolinting dan Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Encik Talip Maming | Foto oleh Carlos George

Rujukan lain:
Portal Rasmi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS): http://www.ptss.edu.my/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=120:unit-akreditasi-mqa-&catid=42:info&Itemid=1
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent: http://ipgkkent.edu.my/document/OBE/brosur/obepel.pdf



Baca seterusnya »