Program Hari Terbuka dan Suai Mesra Amal Jabatan Hospitaliti

Pengumuman tentang Program Hari Terbuka dan Suai Mesra Amal Jabatan Hospitaliti disampaikan oleh wakil pelajar Jabatan Hospitaliti...
Jabatan Hospitaliti Kolej Vokasional Tawau dengan sukacitanya akan mengadakan Program Hari Terbuka dan Suai Mesra Amal pada hari Sabtu bersamaan 7 Mac 2015. Program ini akan berlangsung diperkarangan Dewan Tun Ahmad Shah dan Blok ERT. Semua warga kolej dan ibubapa pelajar adalah dijemput hadir untuk sama-sama menjayakan program ini.

APA YANG ADA DALAM PROGRAM INI?

Aktiviti yang akan berjalan semasa program ini ialah:
  •  Pertandingan Pakaian Beragam untuk kanak-kanak berumur dari 4 hingga 5 tahun - TERHAD 20 PENYERTAAN SAHAJA dengan bayaran RM20.00 (Anjuran Kursus Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak)
  • Pertunjukkan Fesyen (Anjuran Kursus Fesyen dan Pembuatan Pakaian)
  • Jualan Makanan (Anjuran Kursus Bakeri dan Konfeksionari / Seni Kulinari)
  • Kiosk Perkhidmatan Manikur dan Solekan (Anjuran Kursus Kosmetologi)
  • Booth Pameran Kursus/Bengkel
  • Slide Show Promosi Jabatan Hospitaliti
  • Makan tengahari Bersama Anak Yatim
  • Cabutan Bertuah
Kepada mereka yang berminat untuk sama-sama menjayakan Acara Kebajikan, Makan Tengahari bersama Anak Yatim, pihak Jabatan Hospitaliti menjual kupon makanan dengan harga RM40.00 seorang dan kupon ini TERHAD untuk 140 orang sahaja. Berikut disertakan MENU HIDANGAN Makan Tengahari yang bakal dijamu para pembeli kupon makanan ini:


Appetizers
Sup Jagung Isi Ketam
Wantan Goreng

Hidangan Utama
Nasi Planta
Nasi Putih
Kari Ayam
 Kailan dengan Sos Tiram
Kerabu Mangga
Isi Ikan Sos 3 Rasa
Udang Salad

Pencuci Mulut
Kek Batik
Blueberry Cheese Tart
Cocktail/Jelly
Cup cake
Buah-buahan

Minuman
Oren (Sunquick)
Teh O (panas)
Nescafe (panas)
Air Mineral


Program yang dijangka bermula pada jam 9.00 pagi ini dijadualkan akan berakhir lebih kurang jam 2.00 petang pada hari yang sama.