Bacaan Ikrar AKU JANJI oleh pelajar yang terlibat... |
Cikgu Aslinah dan Cikgu Mayah bertugas di kaunter pendaftaran pelajar dan ibubapa... |
Apalah yang sedang difikirkan oleh pelajar ini... |
Kumpulan pelajar yang terlibat ini adalah kumpulan pelajar yang mempunyai masalah dari segi kelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia disebabkan oleh syarat-syarat tertentu. Antara syarat-syarat ini ialah: Lulus Bahasa Melayu dengan PNGK 2.0 ke atas, PNGK 2.0 ke atas bagi Modul Akademik, kompeten semua Modul Vokasional dan TRAMPIL Employment-ability Skills (ES). Seramai 43 orang pelajar terlibat.
Secara umumnya, penilaian pelajar Pra Diploma di Kolej Vokasional merangkumi 2 penilaian penting iaitu Penilaian Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA). Untuk Modul Akademik, pemberatan yang diberikan ialah 70% untuk PA dan 30% untuk PB manakalah untuk Modul Vokasional pemberatan yang diberikan adalah sebaliknya. Oleh itu, antara masalah utama untuk mencapai markah yang baik adalah masalah kehadiran yang menyumbang kepada ketidakupayaan pelajar untuk menyiapkan kompentensi modul vokasional dan menjawab kuiz modul akademik. Dan biasanya, perkara ini berlarutan ke Penilaian Akhir.
Pengarah dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik mencatat maklumat penting yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran.. |
Taklimat WE CARE disampaikan oleh Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Cik Darawati Pataruddin |
TERIMA KASIH | Kehadiran ibubapa mencecah 90% yang mencerminkan kerjasama dan keperhatinan ibubapa untuk menangani masalah seperti ini... |
Ketua Penyelaras dan Penyelaras Program We Care, Cikgu Sariah Chole dan Cikgu Rosalin Hatta memberikan penjelasan terperinci kepada ibubapa tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka... |