Program serampang dua mata ini telah berlangsung di Dewan Tun Ahmadshah, KV Tawau pada 7 Mac 2015 yang lalu. Selain menjadi perantara untuk mempromosi dan memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Hospitaliti, program ini turut meraikan anak-anak yatim dari Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau (PRAY) dalam Majlis Makan Tengahari Bersama Anak Yatim.
Pengarah KV Tawau, Rangiah A/L Muthusamy (kiri) bersama YDP Alumni KV Tawau, Hajah Saliha Haji Tahir (kanan) semasa Majlis Makan Tengahari Bersama Anak Yatim | Foto oleh Carlos George |
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YDP Alumni KV Tawau, Hajah Saliha Binti Haji Tahir yang mengucapkan tahniah kepada Kolej Vokasional Tawau yang berjaya menganjurkan program ini.
YDP Alumni KV Tawau, Hajah Saliha Haji Tahir ketika menyampaikan ucapan perasmian | Foto oleh Carlos George |
Sebagai alumni KV Tawau, beliau merasa sangat bangga dan ingin melihat para graduan Diploma Vokasional Malaysia untuk terus maju ke hadapan dan mengisi kekosongan tenaga pekerja mahir yang sememangnya sangat diperlukan oleh negara Malaysia yang sedang menuju status negara maju menjelang tahun 2020.
Turut disampaikan semasa majlis ini ialah sumbangan kepada anak-anak yatim dari Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau (PRAY). Sumbangan pertama adalah daripada Jabatan Hospitaliti KV Tawau yang dikumpul melalui kutipan Kupon Makan Tengahari yang disampaikan oleh Hajah Saliha dan sumbangan kedua daripada BORNEO SUCCESS COMMUNITY (BSC).
Sumbangan Jabatan Hospitaliti disampaikan oleh Hajah Saliha kepada wakil Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau | Foto oleh Carlos George |
Sumbangan dari Borneo Success Community (BSC) kepada wakil Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau | Foto oleh Carlos George |
Gambar kenangan bersama anak-anak yatim dari Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Tawau | Foto oleh Carlos George |
Pelajar Kursus Kosmetologi sedang menyolek Ketua Jabatan Hospitaliti, Puan Mariani Kisman | Foto oleh Carlos George |
Cik Rokiah Hashim sedang menerima layanan manikur di Kiosk Manikur Kursus Kosmetologi | Foto oleh Carlos George |
Booth pameran Kursus Bakeri dan Pastri | Foto oleh Carlos George |
KONGSI MAKLUMAT | Pelajar Kursus Seni Kulinari menerangkan serba sedikit tentang kompetensi kursus yang telah dilalui sepanjang pengajian di Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George |
Para peserta dengan ibubapa dalam Pertandingan Pakaian Beragam anjuran Kursus Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak | Foto oleh Carlos George |