Mesyuarat ini bertujuan untuk mengkaji semula pelunjuran kolej vokasional dari segi bilangan pensyarah, bangunan, bengkel dan bilangan pelajar bagi tahun 2016 hingga 2020.
Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Tawau, Encik Azman Mansur turut hadir dalam mesyuarat selam tiga hari ini... | Foto oleh Carlos George |
Mesyuarat yang merangkumi tiga proses bermula dari pembentangan, perbincangan dan majlis menandatangani ini, berakhir dengan ucapan pengulungan daripada Timbalan Pengarah Pembangunan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), Pn. Hajah Latifah Binti Mohd Isa.
Dalam ucapannya, Pn. Hajah Latifah menekankan tentang pentingnya menjaga integriti kolej masing-masing.
Timbalan Pengarah Pembangunan PTV, Puan Hajah Latifah Binti Mohd Isa memberikan ucapan penutupan semasa penutupan mesyuarat | Foto oleh Carlos George |
Suasana semasa majlis penutupan mesyuarat.. | Foto oleh Carlos George |
Semua kolej diwakili oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Akademik.