Encik Yahaya semasa menyampaikan Taklimat PBPPP di Bilik BMG 1 | Foto oleh Carlos George |
Taklimat lebih kurang satu jam ini menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan item dan beberapa tips juga disampaikan untuk mendapatkan purata markah yang baik.
Setiap guru/pensyarah akan diberikan sebuah fail putih untuk memasukkan item-item yang perlu dinilai. Pemilihan item untuk dinilai adalah bergantung kepada guru/pensyarah masing-masing selepas perbincangan dibuat dengan Pegawai Penilai Pertama (PPP).
Untuk maklumat lanjut, sila semak email (guru/pensyarah KV Tawau yang telah memberikan email) atau berhubung terus dengan Encik Yahaya Ismail.