Jaya Workshop diberi tanggungjawab untuk memindahkan kenderaan-kenderaan berkenaan dari perkarangan kawasan Bangunan Persekutuan ke Bengkel Automotif, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George |
Empat buah kenderaan telah dihantar oleh Jaya Workshop ke Bengkel Automotif pada hari Khamis, 6 Ogos 2015 lepas untuk menambah bahan pembelajaran pelajar Program Teknologi Automotif.
Keempat-empat kenderaan ini termasuklah satu Toyota Hilux Double Cab 4WD 2800cc keluaran tahun 1997, dua Toyota Land Cruiser Wagon FJ60 4200cc keluaran tahun 1987 dan satu Toyota Hiace High Roof Van 2500cc keluaran tahun 1997. Semua kenderaan ini dikuasakan oleh diesel.
Toyota Hilux Double Cab 4WD 2800cc dari Pejabat Kesihatan Daerah Tawau |
Toyota HIACE High Roof Van dari Kementerian Dalam Negeri |
Toyota Land Cruiser FJ60 4200 cc dari Unit Bergerak Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau |
Toyota Land Cruiser FJ60 4200 cc dari Kementerian Kesihatan Malaysia |
Tumbuhan yang tumbuh dalam kenderaan ini menunjukkan bahawa ianya telah terbiar sekian lama | Foto oleh Carlos George |
"Walaupun usia kenderaan-kenderaan ini hampir mencecah 20 hingga 30 tahun namun konsep asas pembakaran diesel masih digunapakai sehingga hari ini. Untuk teknologi yang lebih baru, kita akan terus berharap kepada pengetahuan dari segi teori buat masa ini.", tambahnya lagi.
Menurut beliau, proses menceraikan bahagian badan kenderaan dengan enjin bermula pada hari Sabtu, 8 Ogos 2015 dan akan berterusan sehingga proses pembersihan bangkai kenderaan dilakukan kelak.
Proses menceraikan bahagian badan kenderaan bermula Sabtu lalu | Foto oleh Carlos George |
Tenaga pelajar Program Teknologi Automotif yang tinggal di asrama Kolej Vokasional Tawau digunakan semasa proses menceraikan bahagian kenderaan bermula | Foto oleh Carlos George |