Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Flat Guru Kolej Vokasional Tawau telah berlangsung dengan sederhana tetapi meriah, semalam.
Perjalanan majlis agak lancar dan Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy bersama anaknya, turut sama memeriahkan majlis ini. Beliau tiba pada pukul 12.20 petang.
| Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah (tengah) bersama anaknya, Suresh (kiri) memilih juadah santapan semasa majlis berlangsung | Foto Carlos George |
| Cikgu Nik Hasbularif bersama anaknya, antara guru yang turut memeriahkan majlis ini | Foto oleh Carlos George |
Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi ini berakhir lebih kurang jam 5.00 petang.
| Geng "Pak Guard" turut dijemput memeriahkan majlis ini disamping menghargai jasa mereka mengawal keselamatan kawasan kolej | Foto oleh Carlos George |
| Geng "Makcik Pembersihan" turut sama meraikan Majlis Rumah Terbuka Flat Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George |
| Proses membersihkan buah kelapa dan memisahkan isi dengan tempurung | Foto oleh Carlos George |
| Proses mengukur buah kelapa | Foto oleh Carlos George |
| Proses membakar lemang yang bermula kira-kira jam 5 petang dan berakhir pada jam 1 pagi | Foto oleh Carlos George |
Apa pun, majlis seperti ini merupakan satu peluang untuk warga flat berganding bahu dan bekerjasama menyediakan juadah makanan dan peralatan yang diperlukan untuk menjayakan majlis ini.
| Gambar kenangan bersama Cikgu Rabia Yalla bersama anak-anak. Pengerusi tetap maintain | Foto oleh Carlos George |
| Gambar kenangan bersama Puan Ayang Binti Pipak bersama suami dan anak-anak. Turut sama Cikgu Sarepul (kiri) | Foto oleh Carlos George |
Kali terakhir Sambutan Hari Raya Flat Guru diadakan ialah pada Ogos 2013.
Terima kasih diucapkan kepada semua rakan taulan dan saudara mara yang telah sama-sama memeriahkan majlis ini.
Gambar lain: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.428445210675288.1073741835.223727487813729&type=3&uploaded=179