Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Kolej Vokasional (KV) Tawau berlangsung meriah pada 7 Ogos 2015, di Dewan Tun Ahmad Shah dan kawasan Kafeteria Perdana.
Majlis anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kolej Vokasional Tawau (KKRKVT) dengan kerjasama Kolej Vokasional Tawau bermula pada jam 9.00 pagi dan melibatkan penyertaan semua pelajar mengikut kursus masing-masing.
|
"Selfie dulu..." Ramai pelajar membawa kamera dan telefon bimbit untuk merakam kenangan sempena majlis kali ini... | foto oleh Carlos George |
|
Pelajar kursus Pemesinan Industri (MPI) bergambar dihadapan Kafeteria Perdana sebagai kenangan sambutan kali ini | Foto oleh Carlos George |
|
Booth Program Teknologi Kimpalan (MTK) | Foto oleh Carlos George |
|
Booth Program Teknologi Pembinaan (WTP) | Foto oleh Carlos George |
Dengan menempatkan booth pelajar di kawasan Kafeteria Perdana, semua pelajar tertumpu dikawasan tersebut sambil disulami dengan dendangan lagu hari raya semasa menikmati hidangan yang disediakan.
Para guru pula ditempatkan di Dewan Tun Ahmad Shah, dalam satu majlis rasmi bersama barisan pentadbir dan tetamu jemputan.
|
Ucapan dari Pengarah Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George |
|
Barisan pentadbir bersama tetamu jemputan VIP | Foto oleh Carlos George |
Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi KKRKVT, Encik Mohd Fadzilah Husin yang mengalu-alukan kehadiran barisan pentadbir dan tetamu jemputan iaitu Timbalan YDP PIBG, Encik Haris Laksamana Bin Bahrom yang mewakili YDP PIBG, Encik Abdul Samat Bin Akui yang tidak dapat hadir kerana berada diluar kawasan dan Ketua Kampung Muhibbahraya, Encik Awang Jabar Bin Abdullah.
|
Pengerusi KKRKVT, Encik Mohd Fadzilah Husin memberikan ucapan | Foto oleh Carlos George |
|
Hidangan makanan tetamu VIP dan guru-guru ditempah dari Aqidah Catering Service | Foto oleh Carlos George |
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan dari Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada KKRKVT kerana berjaya merancang dan seterusnya melangsungkan Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat Kolej Vokasional Tawau.
Selepas ucapan, para tetamu VIP dibawa untuk melawat booth-booth pelajar sambil beramah mesra dengan pelajar.
|
Booth pertama yang dilawati oleh rombongan VIP, Booth Kursus Pemesinan Industri (MPI) | Foto oleh Carlos George |
|
Encik Rangiah sempat meringankan tangan membantu pelajar membakar ikan dan ayam semasa melawat Booth WTP | Foto oleh Carlos George |
|
Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur menunggu hidangan pencuci mulut yang sedang disediakan oleh pelajar di Booth Kursus Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) | Foto oleh Carlos George |
|
Booth Kursus Fesyen dan Pembuatan Pakaian (HFP) | Foto oleh Carlos George |