| GEMBIRA | Sambutan Hari Raya berlangsung di Bengkel Jabatan Pengajian Perniagaan | Foto oleh Carlos George |
Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Jabatan Pengajian Perniagaan (JPPN) menjadi majlis kemuncak bagi Program "WE LOVE ACCOUNT" yang telah berlangsung selama dua hari dari 4 hingga 5 Ogos 2015, melibatkan taklimat dan ceramah.
Majlis Sambutan Hari Raya dilangsungkan di Bengkel Jabatan Pengajian Perniagaan yang turut menjemput para pensyarah untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Antara sajian menarik dalam majlis ini ialah satay dan roti canai.
| Para pelajar Pra Diploma Tahun 1 | Foto oleh Carlos George |
| Antara Pelajar Pra Diploma Tahun 2 | Foto oleh Carlos George |
Program "WE LOVE ACCOUNT" menampilkan Taklimat Hala Tuju Profesion Perakaunan yang disampaikan oleh Puan Syeha Binti Said dari Syarikat Syeha & Co., Ceramah "Konflik Pemikiran Pelajar" dan Persepsi Mengatasi Realiti Goods & Service Tax (GST) yang disampaikan oleh Ms. Foo Lee Lee dari BizIT Resources Sdn Bhd.
| Ketua Jabatan Pengajian Perniagaan, Puan Norhayati Amir menyampaikan sumbangan penghargaan dan cenderakenangan kepada Puan Syeha sambil diiringi oleh Ketua Unit Perakaunan, Puan Sarina Mail | Foto oleh Carlos George |
| Pelajar Diploma Tahun 1 bersama Cikgu Jumarni Shamsuddin selepas Taklimat Hala Tuju Profesion Perakaunan | Foto oleh Carlos George |
| Ms. Foo Lee Lee menyampaikan banyak maklumat berkenaan GST kepada para pelajar dalam slot taklimatnya | Foto oleh Carlos George |
Untuk makluman, semua pelajar dibawah JPPN terlibat dengan program ini.