Pengakap KV Tawau Sertai JAMCAB 2015

Gambar Kenangan rombongan Pengakap Kolej Vokasional Tawau yang diketuai oleh Skip Abdul Kahar Bin Abdul Rahim bersama TPSA, Encik Doimeh Dolinting sebelum berangkat ke Pelabuhan Tawau | Foto oleh Carlos George

Unit Pengakap menghantar seramai 15 orang termasuk guru/pensyarah dan pelajar bagi menyertai JAMCAB (Jamboree Cabang) 2015 di Nunukan, Indonesia.

Jamboree yang akan bermula esok, 13 Ogos 2015 adalah anjuran kali ke-IV tahun 2015 dan akan tamat pada 19 Ogos 2015 bertempat di Bumi Aji Muda Desa Binusan Kecamatan Nunukan

Menurut http://www.korankaltara.co, Jamcab merupakan perkemahan besar tingkat Penggalang yang dilaksanakan satu kali dalam 5 tahun. Ketua Kwarcab Gerakan Pramuka, Trisno Hadi mengatakan, Jamcab ke-IV tahun 2015 mengambil tema yaitu ‘Kubangun Jiwa dan Ragaku, Untuk Negeriku, kemudian tekad  Disiplin, Berani dan Setia’ bakal disertai oleh Pramuka dari perwakilan tiap Kecamatan, Perwakilan dari Pramukase Kaltara serta perwakilan dari Malaysia dan Brunei Darussalam.

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang jamboree ini ialah kegiatan mental dan spritual seperti keagamaan, olahraga, apel bendera, permainan persahabatan dan anjangsana. Turut berlangsung ialah kegiatan Seni Budaya dan Wawasan seperti api unggun, pentas seni daerah, karnival budaya, apresiasi film, forum penggalang, ceramah umum (wawasan bela negara), kesakaan, penanggulangan bencana dan penanggulangan narkoba & HIV-AIDS.


Ustaz Mohd Kamarul Bahri mengetuai bacaan doa sebelum berangkat | Foto oleh Carlos George

Jamboree ini turut disertai oleh 140 peserta lain sekitar Daerah Tawau merangkumi sekolah dan persatuan pengakap.

Sumber maklumat:
Korankaltara.cohttp://www.korankaltara.co/read/news/2015/1533/agustus-pramuka-gelar-jambore-cabang.html
Facebook Pramuka Kota Bogorhttps://www.facebook.com/PramukaKotaBogor