|
Peserta Nyanyian Lagu Patriotik, Rionaldo Justin (3DKV HSK) yang menyanyikan lagu Sejahtera Malaysia dengan penuh semangat | Foto oleh Carlos George |
Pertandingan Koir, Deklamasi Sajak dan Nyanyian Lagu Patriotik Sempena Bulan Kebangsaan 2015 yang berlangsung pada 2 September 2015, menampilkan 18 peserta dalam semua kategori. Para peserta ini mewakili Kelab dan Persatuan masing-masing.
|
Deklamasi Sajak dari Brenda Sofia Salleh menutup tirai Pertandingan Deklamasi Sajak | Foto oleh Carlos George |
Pertandingan yang bermula kir-kira jam 7.15 pagi ini diadili oleh dua orang guru berpengalaman dalam bidang persembahan iaitu Cikgu Kholik Marming dan Cikgu Abd Alif.
|
Cikgu Kholik (kiri) dan Cikgu Abd Alif (kanan) semasa mengadili pertandingan ini | Foto oleh Carlos George |
|
Antara guru/pensyarah perempuan yang hadir untuk menikmati bakat pelajar yang dipersembahkan dalam pertandingan ini | Foto oleh Carlos George |
Pertandingan yang dijalankan secara berselang-seli ini berjaya mempelbagaikan jalinan perasaan dalam menghayati semangat kemerdekaan yang dicetuskan oleh lirik dan bait ayat dalam lagu dan sajak yang dipersembahkan oleh pelajar.
|
Antara persembahan koir yang berjaya menyampaikan lagu dengan agak baik melalui gabungan suara lelaki dan perempuan |
|
Kumpulan Koir Kelab Rekacipta, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George |
|
Percubaan yang baik daripada Kumpulan Koir Persatuan Sains dan Matematik | Foto oleh Carlos George |
|
Kumpulan Koir Kelab Rukunegara | Foto oleh Carlos George |
Dalam masa yang sama, Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Makmal CLINIPATH Cawangan Tawau menjalankan ujian jenis darah dengan bayaran RM8.00.
|
Ujian Jenis Darah untuk menentukan jenis darah A, B AB atau O dan turut mengenalpasti jenis rehsus | Foto oleh Carlos George |
|
Antara pelajar yang membuat ujian jenis darah semasa program berlangsung | Foto oleh Carlos George |