Majlis dimulakan dengan perarakan masuk para tetamu dengan diiringi oleh bendera kebangsaan bersama bendera negeri-negeri dalam Malaysia, doa majlis, nanyian lagu Negaraku, lagu Sabah Tanahairku dan persembahan video dari pelajar SISKOM tahun 2.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Bin Mansur yang menyebut tentang kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan ialah kebebasan dalam konteks pelajar KV Tawau, antaranya ialah kebebasan memilih program, kebebasan menentukan masa depan sendiri, kebebasan meluahkan inovasi dan idea baru melalui bidang masing-masing.
Beliau turut meminta para hadirin untuk mengimbas kembali sejarah kemerdekaan Sabah, yang disambut kali pertama pada 31 Ogos 1963. Menurut beliau, bentuk penjajahan masa kini tidak semestinya daripada luar, ia boleh jadi dalam pelbagai bentuk seperti kepercayaan, budaya dan bahasa.
Ucapan perasmian daripada Timbalan YDP PUBG, Encik Mohd Saip Hindia | Foto oleh Carlos George |
Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Timbalan Yang Dipertua (YDP) PIBG, Encik Mohd Saip Bin Hindia yang mewakili YDP PIBG, Abd. Samat Bin Akui yang tidak dapat bersama dalam majlis ini kerana berada diluar kawasan.
Dalam ucapannya, Mohd Saip meminta para hadirin memahami semangat perpaduan "sehati sejiwa" yang menjadi kunci kepada keharmonian berbilang kaum yang dikecapi selama ini. Sebarang bentuk perpecahan terhadap keharmonian ini pasti akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara.
"Merdeka bukan sahaja perlu ditunjukkan secara fizikal tetapi juga perlu diselami secara mental dan spiritual kerana kehidupan sosial pada masa kini semakin mencabar dan semua orang perlu berganding bahu supaya peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang."
Sebelum mengakhiri ucapannya, Encik Mohd Saip berharap agar para pelajar sebagai adalah aset dan bakal pemimpin masa depan dalam negara ini, menjaga amanah dan mempertahankan keharmonian yang telah terjalin selama ini.
Gambar kenangan bersama perasmi, Timbalan YDP PIBG, Encik Mohd Saip bersama barisan pentadbir | Foto oleh Carlos George |
Nur Ifanizwani Julkifli, pemenang hadiah ketiga pertandingan menyanyikan lagu patriotik merupakan salah seorang daripada dua pelajar perempuan dalam Program 1MTA tahun ini | Foto oleh Carlos George |
Pertama: Fadilah Baharo,
Kedua: Siti Nurnazirah Hussin
Ketiga: Brenda Sufia
Pertama: Kelab Patriotik dan Warisan Budaya
Kedua: Kelab Bahasa dan Pengucapan
Ketiga: Kelab Pencegahan Jenayah
Persembahan Koir dari Kelab Patriotik dan Warisan Budaya yang memenangi kategori Pertandingan Koir | Foto oleh Carlos George |
Pertama: Botak United
Kedua: SKOR
Ketiga: Herman Nurddin
Pertandingan Konda Kondi
Pertama: Mizuno (Mohd Hapiz)
Kedua: Dota 2 (Razman Nasir)
Ketiga: Helang (Aidin)
Pertandingan Guli
Pertama: Mohd Shahrizam Abd Rauf
Kedua: Mohd Jaidi
Ketiga: Razman Nasir
Antara guru-guru lelaki yang sama-sama memeriahkan majlis sambutan pada kali ini | Foto oleh Carlos George |
Pertandingan Congkak
Pertama: Arsyadin (1SKV ETN)
Kedua: Zulaikha Salamun (2SKV RF)
Ketiga: Kee Rahmatul Soleha Bt Rosli (1SKV RF)
Pertandingan Batu Seremban
Pertama: Nurafikah Abdurasid
Kedua: Fadil Utoh
Ketiga: Arfini Godfrie
Pertandingan Cungkil Kayu
Pertama: Nurul Jannah M Buhari
Kedua: Muhd Nadzry Iwan
Ketiga: Shahrizam Abd Rauf
Nur Izzah Hamizah Amran menerima dua hamper untuk pertandingan Poskad Merdeka Kreatif dan Folio Sejarah | Foto oleh Carlos George |
Pertandingan Menghias Kelas Bertemakan Kemerdekaan
Kategori Pra Dip. Tahun 1: 1SKV BAK
Kategori Pra Dip. Tahun 2: 2SKV HFP
Pertandingan Poskad Merdeka Kreatif
Pertama: Nurul Hasnitah Hussin
Kedua: Nur Izzah Hamizah Amran
Ketiga: Farzana
Pertama: Mohd Irsyad Marhan
Kedua: Nur Hikayah Abdullah
Ketiga: Nur Ifanizwani Julkifli
Gandingan suara pemenang pertama dan kedua kategori menyanyikan lagu patriotik, Mohd Irsyad (kiri) dan Nur Hikayah (kanan) melalui lagu Bahtera Merdeka | Foto oleh Carlos George |
Pertama: Nur Zafiana Zamorin
Kedua: Nur Dini Muhiddin
Ketiga: Yusriana Payu
Pertandingan Folio Sejarah Pra Dip. Tahun 2
Pertama: Nur Fatihah Aco
Kedua: Nur Izzah Hamizah Amran
Ketiga: Nur Sakinah Mohd Shah
Persembahan tarian Sumazau oleh para pelajar Pendidikan Moral | Foto oleh Carlos George |
Laungan MERDEKA oleh TPA, Encik Azman Mansur | Foto oleh Carlos George |
Nyanyian Lagu Sehati Sejiwa oleh barisan pentadbir, guru/pensyarah Unit Sejarah dan para pelajar di atas pentas | Foto oleh Carlos George |
Lagu Jalur Gemilang ternyata menaikkan semangat guru/pensyarah perempuan untuk menyanyi dengan sekuat hati | Foto oleh Carlos George |