Antara hasil solekan pelajar untuk Pertandingan Solekan Bertemakan Pakaian Tradisi Malaysia | Foto oleh Carlos George |
Peserta pertandingan sedang mendandan rambut model sebelum penilaian dilakukan oleh para juri | Foto oleh Carlos George |
Suasana sibuk menyelubungi bilik solekan Bengkel Kosmetologi menjelang persiapan akhir para peserta bersama model masing-masing | Foto oleh Carlos George |
Puan Erni Binti Majid (kiri) menjalankan tanggungjawab selaku juri pertandingan, memberikan markah kepada hasil solekan dan dandanan pelajar | Foto oleh Carlos George |
Antara objektif pertandingan ini ialah sebagai pendedahan kepada pelajar untuk bekerja dibawah tekanan disamping mengasah kemahiran supaya dapat memenuhi keperluan industri dan seterusnya mencapai tahap solekan yang diperlukan oleh pihak industri.
Model-model yang siap didandan memperagakan hasil solekan dan dandanan masing-masing dihadapan para juri | Foto oleh Carlos George |
Pakaian perkahwinan tradisi turut menjadi pilihan para peserta untuk menyerlahkan hasil solekan masing-masing | Foto oleh Carlos George |
Bengkel Kosmetologi juga berbesar hati menjemput empat juri dari beberapa pusat bertauliah iaitu Puan Noraimah Binti Ahmad (Nida Beauty Center, Tawau), Puan Erni Binti Majid (Ugie Beauty Cosmetic and Spa, Tawau), Cik Norlia Binti Masmudin (Lady Jue Wellness & Beauty, Tawau) dan Puan Ruzidah Binti Ishak (Eeda Beauty Gallery, Kuala Lumpur) yang merupakan Panel NOSS JPK dan Pakar Industri Negara. Seorang lagi juri ialah pensyarah Program Kosmetologi, Cikgu Masriani Salaki yang bertindak sebagai ketua juri.
Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur memberikan ucapan ringkas sebelum model memperagakan pakaian dan solekan masing-masing dihadapan para juri | Foto oleh Carlos George |
Berikut ialah pemenang bagi Pertandingan Solekan yang disertai oleh 21 orang pelajar Pra Diploma Tahun 2 berkenaan:
Juara: Fadzraina Binti Jimlani
Tempat Ke-2: Masni Binti Karman
Tempat Ke-3: Shyliha Binti Bakar