
Hashim Lahiban |
"Oleh kerana kita tidak menawarkan kursus pemanduan drift dalam silibus program, tiada pelajar yang akan terlibat sebagai pemandu, hanya sebagai krew pasukan.", tambahnya lagi.

Ketika ditanya mengenai sokongan dari pihak pentadbir, Cikgu Hashim menyatakan bahawa Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy memberikan sokongan penuh atas penglibatan ini.
"Dalam Kalabakan Drift Challenge ini, kita akan menggunakan khidmat pemandu Drift berpengalaman dari luar iaitu Mohd Fadhlan Misran dan Azrul Ayob yang bertanding dalam Kategori Expert dan Cikgu Muhammad Yamalang dan Mohd Arziwan Alli Awang Talip (Guru di SMK Kabota) yang bertanding dalam Kategori Novice."
Jentera yang digunakan ialah Nissan Bluebird 910 bernadikan enjin RB20DET dan Nissan Silvia S14 bernadikan enjin SR20DET yang telah dinaiktaraf dan mampu membebaskan 250 - 400 kuasa kuda. Satu lagi jentera, Nissan Silvia 180SX terpaksa diketepikan setelah mengalami masalah teknikal dan kerosakan semasa diuji beberapa hari menjelang hari pertandingan.
Jentera Nissan Bluebird 910 membawa logo KV MOTORSPORTS TEAM | Foto oleh Carlos George |
INFO Tambahan:
DET bermaksud (D)ual over head cam, (E)lectronic fuel injected, (T)urbo.
Sumber: http://www.urbandictionary.com
Baca juga:
Kenali Asas Sukan Drift