Gagal Ke Peringkat Akhir Hanya Sebahagian Daripada Proses Untuk Menjadi Juara

Pasukan Rekacipta Kolej Vokasional Tawau dibawah bimbingan Cikgu Kassim Ambosaka ternyata tidak terlalu kecewa dengan keputusan Pertandingan SME Bank Youth Biz Challenge 2015.

Cikgu Kassim yang sempat ditemui selepas 10 peserta akhir diumumkan di Laman Facebook Youth Biz Challenge SME Bank berkata,"Kami telah melakukan yang terbaik buat masa ini tetapi produk Smart Wireless PA System ternyata mempunyai beberapa kekurangan berbanding produk lain yang dipertandingkan."

Beliau turut memaklumkan bahawa antara yang menjadi persoalan para juri ialah kos penyediaan prototaip, yang mungkin menyumbang kepada keputusan berkenaan.

"Tersenarai keperingkat separuh akhir menunjukkan produk kita ada potensi dan nilai komersial yang tinggi. Bagi pasukan ini, tidak berjaya ke peringkat akhir hanya sebahagian daripada proses untuk menjadi juara. Kita akan cuba lagi tahun hadapan dengan produk yang lebih menarik."

Pasukan Rekacipta bersama Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (tiga dari kanan) dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting (dua dari kanan), Penasihat, Cikgu Kassim Ambosaka (kanan) dan guru pengiring, Cikgu Awatif (kiri) sebelum berangkat ke Boot Camp pada 2 November 2015 | Foto ikhsan Kassim Ambosaka

Maklumat terkini mengenai pertandingan ini boleh dilayari menerusi Laman Facebook SME Bank Y-Biz Challenge di https://www.facebook.com/SME-Bank-Y-Biz-Challenge-516283725057889