Jabatan Penilaian dan Pentaksiran (JPP) Kolej Vokasional (KV) Tawau menerima penghargaan daripada Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy berdasarkan pengurangan isu disiplin akademik dan pengurusan yang cemerlang sepanjang tahun 2015.
"Jabatan Penilaian dan Pentaksiran adalah satu badan bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan dibawah pengurusan Ketua Jabatan, Cikgu Darawati Pataruddin, JPP telah menjalankan tanggungjawab yang cemerlang sepanjang tahun ini. Terima kasih atas kesanggupan dan kesabaran semua guru/pensyarah dibawah jabatan ini yang telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan jayanya.", antara rumusan Encik Rangiah dalam ucapan penutupan Mesyuarat JPP Kali Ke-4, semalam.
"KPI BPTV untuk pelajar SVM ke DVM ialah 85% tetapi KV Tawau telah melangkaui KPI ini dengan pencapaian 90%. Tahniah kepada guru/pensyarah yang telah berusaha secara berterusan membantu pelajar kita untuk mencapai sasaran ini".
Pengarah turut mengumumkan bahawa permohonan naiktaraf pendawaian dan pembelian mesin fotostat untuk bilik JPP diluluskan menggunakan sumber kewangan sewaan dan akan menambah kemudahan komputer sedia ada.
Beliau menutup ucapannya dengan amanat,"Kita mendidik anak orang dikolej ini, dalam masa yang sama, anak kita dididik oleh orang lain disekolah yang lain. Saya juga pernah menjadi guru biasa, saya faham keadaan ini dan kita tidak boleh sambil lewa dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita."
Semasa menangguhkan mesyuarat berkenaan, Cikgu Darawati mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa JPP yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang pada tahun 2015.
Sesi ini diakhiri dengan Jamuan Makan dengan menu istimewa di Bilik JPP.
Jamuan Makan di Bilik JPP | Foto oleh Carlos George |