Taklimat Pembangunan Portfolio dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang disampaikan oleh Penolong Kanan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (Sabah) Bahagian NASDA dan Unit Promosi, Tuan Haji Mustafa Bin Haji Khalid telah berlangsung di Bilik BMG 1 pada 12 November 2015 dari jam 9.00 hingga 12.30 tengahari.
Panduan Pelaksanaan Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) boleh dicari dalam google menggunakan keyword MYPPT | Foto oleh Carlos George |
Taklimat ini menjurus kepada Pembangunan Portfolio Guru/Pensyarah yang belum mempunyai pensijilan/pengiktirafan SKM untuk kemahiran masing-masing secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) berfomatkan National Occupational Skills Standard (NOSS).
TPA, Encik Azman Mansor memberikan ucapan alu-aluan sebelum sesi taklimat bermula | Foto oleh Carlos George |
Antara peserta yang menyertai sesi taklimat ini | Foto oleh Carlos George |
Secara ringkasnya, pengiktirafan ini perlu memenuhi beberapa syarat asas antaranya pengalaman bekerja tidak kurang dari 3 tahun dengan beberapa kelebihan seperti kos yang rendah dan tidak perlu menghadiri kelas.
Sesi soal jawab Haji Mustafa bersama guru/pensyarah Bengkel Binaan Bangunan / Teknologi Pembinaan (WTP) | Foto oleh Carlos George |
Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy yang turut hadir dan berucap dalam majlis penutupan taklimat menyarankan agar semua peserta yang hadir dalam taklimat berkenaan, mempersiapkan diri untuk merebut peluang mendapatkan pengiktirafan SKM melalui kaedah ini.
"Pada masa ini, kita hanya mempunyai beberapa orang pensyarah yang mempunyai tahap SKM 4 dan 5. Dan, untuk menyediakan pelajar bagi memenuhi permintaan industri, tenaga pengajar perlu mempunyai sekurang-kurangnya SKM Tahap 4."
Pengarah, Encik Rangiah menyampaikan cenderahati kenangan sebagai tanda penghargaan kepada Tuan Haji Mustafa dalam majlis penutupan taklimat | Foto oleh Carlos George |
Encik Rangiah turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Mustafa yang sudi meluangkan masa walaupun sibuk, bertandang ke Kolej Vokasional Tawau untuk berkongsi maklumat dan memberi pencerahan mengenai SKM-PPT berkenaan.
Dalam sesi taklimat yang berasingan, turut berlangsung Taklimat Ijazah Sarjana (Master) dari Open University Malaysia (OUM) oleh Timbalan Pengarah OUM, Puan Vera Voo di Restoran Perdana, Kolej Vokasional Tawau.
Puan Vera Voo (dua dari kanan) bersama peserta Taklimat Sarjana OUM di Restoran Perdana | Foto ikhsan Arnayati Lanungka |
Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah (kanan) menerima goodie bag dari Puan Vera Voo (kiri) di Bilik Tetamu, KV Tawau | Foto oleh Azman Mansor |