JPP Raikan Persaraan Puan Kasiam Binti Kasto

Cik Darawati Pataruddin (kiri) menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Puan Kasiam Kasto (kanan) sempena Majlis Persaraan yang dianjurkan oleh JPP, KV Tawau pada 4 Februari 2016 | Foto oleh Carlos George

Persaraan Puan Kasiam Binti Kasto telah diraikan oleh Jabatan Penilaian dan Pentaksiran (JPP) dalam suatu majlis jamuan di Bilik Gerakan JPP, KV Tawau pada 4 Februari 2016.

Puan Kasiam yang lebih mesra dengan panggilan Mami dikalangan warga Kolej Vokasional (KV) Tawau mula bertugas di SM Vokasional Tawau pada 29 Jun 1983 sebagai Pekerja Am Rendah.

Mami yang dilahirkan pada 9 Februari 1956, bakal bersara pada 8 Februari 2016, selepas hampir 33 tahun berkhidmat di Kolej Vokasional Tawau.


Gambar kenangan Jawatankuasa JPP bersama Mami dan suami yang turut hadir menjayakan majlis ini

Jamuan makan adalah sumbangan ahli jawatankuasa JPP yang sama-sama menyediakan makanan dan minuman sempena majlis ini | Foto oleh Carlos George

Majlis Persaraan yang dianjurkan oleh JPP KV Tawau ini merupakan penghargaan khas untuk Mami atas segala jasa yang telah dicurahkan kepada pihak JPP selama 3 tahun 5 bulan dan kolej secara amnya.

Sebelum ini, pihak JPP telahpun meraikan persaraan Puan Kasiam secara tidak rasmi semasa Sambutan Hari Keluarga JPP yang berlangsung di Pulau Bohey Dulang, Semporna.




Terima kasih diucapkan kepada Puan Kasiam Kasto @ Mami yang selama ini telah memberikan kerjasama dan membantu melicinkan lagi proses pengurusan dan perjalanan penilaian dan pentaksiran Kolej Vokasional Tawau.