![]() |
| Gambar kenangan atlit olahraga bersama Pengurus Pasukan, Cikgu Shaharuddin Aziz (berdiri - empat dari kiri) di Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau | Foto oleh Carlos George |
Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Tawau Kali Ke-49 yang telah berlangsung pada 7 - 11 Mac 2016 menyaksikan pasukan olahraga Kolej Vokasional Tawau seramai 14 orang mengutip 1 emas, 1 perak dan 4 gangsa.
Walaupun gagal menyaingi pencapaian cemerlang tahun lepas, pencapaian ini dianggap pencapaian yang melegakan disebabkan faktor persediaan yang kurang teratur.
Tahniah kepada mereka yang berjaya meraih pingat, iaitu:
Nurhani Yunus (Emas: 1500m Perempuan, Gangsa: 3000m Perempuan)
Sheryl Mable Mata (Perak: HEPTA Perempuan)
Mohd Murshid (Gangsa: OCTA Lelaki)
Mohd Yazid (Gangsa: 5000m Lelaki)
Nurul Nazirah, Sheryl Mable, Syarifah Nurul Syamirah dan Nurhani (Gangsa: 4x400m)
Majlis penghargaan kepada atlit yang berjaya meraih pingat telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Encik Azman Haji Mansor dalam Majlis Perhimpunan Mingguan pada 21 Mac 2016.
| Sheryl Mable Mata (dua dari kanan) menerima pingat perak dan sijil untuk acara HEPTA Perempuan yang disampaikan oleh TPA, Encik Azman Bin Haji Mansor (dua dari kiri) | Foto oleh Carlos George |
| Mohd Yazid menerima pingat gangsa dan sijil untuk acara 3000m Lelaki | Foto oleh Carlos George |
