Daftar Nama Untuk Vaksin Human Papillomavirus (HPV)

Taklimat: Human Papillomavirus (HPV)
Oleh: Puan Murni Bt Mokthar dari Persatuan Perancang Keluarga Sabah Cawangan Tawau
Tarikh: 21/03/2014 
Hari: Jumaat
Masa: 2.00 - 3.00 petang

Maklumat dari pada taklimat ini:
  • Kanser servik adalah kanser pada bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik. 
  • Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
    • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
    • Mempunyai pasangan seks berbilang
    • Mengandung lebih dari 5
    • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
    • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
    • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
    • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Tahap perkembangan kanser servik yang disebabkan oleh HPV | Foto dari http://www.womeningovernment.org/oncology/hpv

Susulan daripada taklimat tersebut, satu helaian senarai nama telah pun dikeluarkan di papan kenyataan pejabat am untuk tujuan pendaftaran bagi suntikan vaksin. Kepada pensyarah KV Tawau yang berminat, sila tuliskan nama anda... 

Mencegah lebih baik daripada mengubati....

Pamplet Pelalian Percuma kepada pelajar sekolah pada umur 13 tahun oleh Kemterian Kesihatan Malaysia
Bacaan tambahan dalam Bahasa Malaysia:
Kepada mereka yang berada di tempat lain, silalah hubungi Persatuan Perancang Keluarga Sabah pada alamat dan nombor telefon berikut:

IBU PEJABAT PPKS - MAJLIS PENGURUSAN
No. 613, Jalan Budaya off Jalan Kebajikan, 88000 Kota Kinabalu
P.O. Box 11361, 88815 Kota Kinabalu, Jalan Kebajikan, Kota Kinabalu
Tel: 245209 (Pejabat Am), 210358 (Pengurus Negeri)
217553 (Talian Penasihat), 222703 (Klinik)
Faks: 088-210813  


KLINIK UTAMA CAWANGAN KOTA KINABALU
1st Floor, Lot No. 5 & 6, Block D, Sinsuran Complex
P. O. Box 13409, 88833 Kota Kinabalu
Tel: 259815 & 237513 Faks: 213910  


KLINIK UTAMA CAWANGAN SANDAKAN
1st Floor, Lot No. C1, Block No. 21, Third Avenue
P. O. Box 1222, 90008 Sandakan
Tel / Faks: 089-212883  


KLINIK UTAMA CAWANGAN TAWAU
Block 42, No.332, 1st Floor, Fajar Commercial Complex
Jalan Merdeka 2, 91000 Tawau
Tel / Faks: 089-771172  


KLINIK UTAMA CAWANGAN KUDAT
1st Floor, Block C, Lot 3, Bangunan SEDCO
W.D.T. No. 29, 89059 Kudat
Tel: 611088  


KLINIK UTAMA CAWANGAN LAHAD DATU
1st Floor, MDLD 3649
Lot 3, Jalan Kastam Lama
91100 Lahad Datu
Tel / Faks: 089-882895