PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

Banner promosi Program Jom Baca Bersama di laman web Perpustakaan Negeri Sabah

Makluman kepada semua warga Kolej Vokasional Tawau, PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT / LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES anjuran Perpustakaan Negeri Sabah akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh    : 22 April 2014

Hari       : Selasa
Masa      : 10.00 – 10.10 pagi
Tempat  : Dewan Tun Ahmad Shah, Kolej Vokasional Tawau


Semua warga kolej diminta untuk bersedia di dalam dewan
pada jam 9.20 pagi dan program ini akan bermula pada jam 10.00 hingga 10.10 pagi, SERENTAK di seluruh Malaysia. Kolej Vokasional Tawau dijangkakan akan menghantar penyertaan seramai 750 orang untuk program ini.

Harap maklum, terima kasih.


INFO PROGRAM
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT ini diadakan sempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2014, dan akan diadakan di seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia.

Program ini merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca. Pada tahun ini, kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakannya secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama, iaitu pada 22 April 2014 pada jam 10.00 hingga 10.10 pagi. Konsepnya diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana dalam program ini, semua peserta—tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan—akan sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dalam masyarakat dan memartabatkan pustakawan sebagai warga pendidik selepas sekolah. Ia merupakan  inisiatif membaca di bawah kelolaan setiap perpustakaan awam negeri masing-masing bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia.



Sumber:
Blog Jejak Ilmuan Selangor: http://jejakilmuwanselangor.blogspot.com/2014/04/jom-baca-bersama-untuk-10-minitlets.html