Peperiksaan Akhir Semester 1 & 3 Bermula....

Peperiksaan amali yang sedang berlangsung di Bengkel Teknologi Kimpalan. Teknik kimpalan yang sedang dilakukan ialah Teknik TIG.

Peperiksaan Akhir Semester 1 & 3 bagi pelajar Kolej Vokasional seluruh Malaysia bermula hari ini dengan peperiksaan bertulis (teori dan akademik) dan peperiksaan amali berjalan serentak. Pelajar Tahun 1 menjalani peperiksaan bertulis manakala pelajar Tahun 2 menjalani peperiksaan amali. (Tiada sebarang maklumat untuk pelajar Tahun 3 yang sedang menjalani pengajian di 15 buah kolej rintis). 

Kelas Tahun 1 Pemesinan Industri | Peperiksaan bertulis Tahun 1
Pengawas sedang menyemak kad pengenalan dan slip peperiksaan pelajar...
Suasana peperiksaan dalam Dewan Tun Ahmad Shah

Di Kolej Vokasional Tawau, kesemua 13 kursus yang ditawarkan menjalani peperiksaan masing-masing kecuali beberapa kursus Tahun 2 Jabatan Hospitaliti yang dijadualkan bermula pada hari Rabu, 14 Mei 2014.

Amali Teknologi Pembinaan
Amali Teknologi Automotif
Peperiksaan Lukisan Teknikal di Bengkel Teknologi Elektronik

Terima kasih kepada semua pengawas yang bertugas dan kepada para pelajar, sila berikan yang terbaik untuk mencapai gred mata purata yang baik dalam peperiksaan akhir semester ini.

Gambar penutup | Teknik kimpalan elektrik menggunakan rod.