Majlis Pelancaran Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Sekolah Peringkat Negeri Sabah 2014

Gambar kenangan | Sesi fotografi bersama tetamu kehormat, YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Thye bersama para penaja, ahli jawatankuasa, jemputan dan pelajar.

Majlis Pelancaran Program Keselamatan & Pekerjaan di Sekolah Peringkat Negeri Sabah 2014 telah dilancarkan kelmarin oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan I Merangkap Ahli Parlimen P.190 TAWAU. Turut sama dalam majlis ini ialah Pengerusi NIOSH, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Thye.

Majlis anjuran NIOSH bertempat di Kolej Vokasional Tawau ini merupakan inisiatif untuk memulakan kesedaran OSH (Occupational Safety & Health) di sekolah. Dari prespektif perundangan, antara objektif yang menjadi teras OSH in School ialah:
  • Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka yang bekerja iaitu guru & kakitangan sekolah
  • Melindungi orang lain iaitu paa pelajar daripada aktiviti mereka yang bekarja (guru & kakitangan sekolah)
  • Mengadakan persekitaran kerja (pejabat, makmal, bilik darjah, kantin, tandas, asrama dll) yang sesuai dengan kehendak psikologi dan fizikal mereka yang bekerja (guru, kakitangan & para pelajar)
YB Datuk Mary Yap Kain Ching yang tiba lebih kurang jam 8.00 pagi menyempurnakan pelepasan peserta OSH RACE CHALLENGE di Padang Kolej Vokasional Tawau dan beramah mesra dengan para peserta Pertandingan SPOT THE HAZARDS yang berlangsung di Bilik BMG1.

 
Selepas itu, rombongan kehormat bergerak ke Dewan Tun Ahmad Shah untuk acara perasmian. Setelah ucapan alu-aluan daripada YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Thye, YB Datuk Mary Yap merasmikan Majlis Pelancaran Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Sekolah Peringkat Negeri Sabah 2014 diiringi oleh paluan kompang.
Kemudian, majlis diteruskan dengan Persembahan Video dari NIOSH, Penyerahan Bahan OSH In School kepada Pengarah KV8 Sabah (KV Kudat, KV Keningau, KV Likas, KV Tawau, KV Labuan, KV Beaufort, KV Lahad Datu, KV Sandakan), Sesi Fotografi dan Lawatan Ke Gerai Pameran.





Majlis diakhiri dengan Sidang Akhbar berserta Jamuan Makan di Restoran Perdana Kolej Vokasional Tawau.




Terima kasih kepada semua penaja yang terlibat dalam majlis ini:
  • Celcom AXIATA
  • Gamlite Marketing
  • Josie Home Garden
  • Number One Fashion
Lawati Laman Web Rasmi NIOSH di http://www.niosh.com.my/



Keratan Akhbar Digital: