Semangat patriotik mesti disemarakkan... |
Antara hasil tangan pelajar dalam Aktiviti Membuat Enzim Daripada Sisa Makanan |
Penerangan dari Cikgu Mohammad dalam Aktiviti Membuat Enzim Daripada Sisa Makanan pada hari ke-2 |
Isnin, 23 Jun 2014 - Aktiviti Membuat Lilin Daripada Minyak Masak
Selasa, 24 Jun 2014 - Aktiviti Membuat Enzim Daripada Sisa Makanan
Rabu, 25 Jun 2014 - Aktiviti Membuat Kompos Daripada Sisa Makanan
Khamis, 26 Jun 2014 - Aktiviti Cooperative Game "BAHTERA MERDEKA", Membakar Lilin, Penutupan Program
Hari Ke-3, Aktiviti Membuat Kompos Daripada Sisa Makanan dijalankan di Padang Kolej Vokasional Tawau |
Memilih sisa makanan organik untuk dijadikan baja kompos... |
Terima kasih kepada Dewan Makan Asrama Kolej Vokasional Tawau yang telah memberikan sisa makanan pelajar asrama untuk aktiviti ini... |
Memang berbau ni tapi... Hasilnya nanti pasti akan memberikan manfaat kepada tumbuh-tumbuhan disekitar kolej... |
Yang ini kami punya.... |
Sepanjang program ini berjalan, Cikgu Mohammad banyak menyentuh tentang semangat kecintaan terhadap alam sekitar yang semakin dilupakan. Sampah sarap bertambah dan lama kelamaan, kita hanya akan hidup dengan sampah. Pengurusan sampah dan teknologi kitar semula harus difikirkan oleh semua pihak termasuk semua peserta program untuk memastikan sampah sarap ini lebih terurus dan jika boleh ditukarkan kepada bahan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya sampah yang tidak terbiodegradasi.
BAHTERA MERDEKA - Pasukan Lelaki yang akan mempertahankan Bendera Tanahair di atas kawasan mereka... |
Pasukan perempuan... |
Serangan bermula dan tidak sampai 1 minit... Pasukan bertahan tewas di tangan musuh.... |
Ucapan penutup Program Pendidikan Alam Sekitar.... |
Selepas permainan BAHTERA MERDEKA pada hari terakhir, semua pelajar berkumpul untuk mendengar ulasan dan ucapan penutupan program. Dalam ucapannya, Cikgu Mohammad mengaitkan semangat kecintaan terhadap alam sekitar dengan semangat kecintaan terhadap negara dan turut menyentuh tentang aspek kesediaan pelajar untuk mempertahankan negara sekiranya negara diserang oleh penjajah. Apa pun yang bermain dalam fikiran para pelajar, harapan tinggi agar segala pengetahuan yang dikongsikan dalam program ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan seterusnya menyemarakkan lagi semangat kecintaan mereka kepada alam sekitar.
Program ditutup dengan Aktiviti Membakar Lilin yang dibuat pada hari pertama dan nyanyian Lagu Satu Malaysia (Limkokwing University of Creative Technology)...
Sumber Bacaan lain:
Pendidikan alam Sekitar Di Sekolah: Komitmen Guru - http://web.usm.my/education/publication/mohd%20zohir.pdf
Pelajar Ejen Pelihara Alam Sekitar - http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140217/pe_01/Pelajar-ejen-pelihara-alam-sekitar
Program Kesedaran, Pendidikan Alam Sekitar Akan DiPerluaskan - http://www.theborneopost.com/2013/10/03/program-kesedaran-pendidikan-alam-sekitar-akan-diperluaskan/